Spice of My Life

Followers !

Halaman

06/03/2013

2 Hari 1 Malam : Sungai Lembing (Part 4)




Assalamualaikum ,

Setelah sekian lama , akhirnya kita berjumpa di Part 4 , ini part yang terakhir , hari kedua kimi berada di SL , jadi ini sambungan kepada part 3 .



Part 3 berakhir di pengakhiran kimi di muzium , jadi lepas keluar muzium , kita orang pergi sewa basikal tau , jalan kaki dari muzium dalam 5 minit dah jumpa rumah uncle yang menyewakan basikal kepada pelancong .


boleh calling2 uncle ni !

deretan basikal untuk disewa


Sewa basikal 1 jam RM 5 , 2 jam RM 8 , 3 jam RM 12 , 1 hari RM 30 dan kitaorang sewa dalam pukul 1 , sewa 3 jam RM 12 , tapi uncle tu bagi 4 jam ! huhu , baik uncle tu , jadi 3 buah basikal disewa .

Jadi selepas sewa basikal , kami pun pergi ke pintu gerbang SL untuk mulakan rakaman video




Jadi bermulalah rakaman video dari pintu gerbang ni sampai ke pekan SL , jauh ! bukan dekat , lenguh tangan kimi pegang kamera , haha , tapi demi PBS , kimi sanggup ! 

Jadi lepas sampai di pekan SL , ada ambil gambar hotel , kedai2 , pasar , dan macam2 lagi .

Lepas tu pula , pergi makan , lapar ! sebab pagi tadi cuma makan lempeng saja , hehe .

Nasi Ayam RM 4.00 !

Kimi makan nasi ayam , arif pun sama , farah makan mee kari , boleh lah , sekadar mengenyangkan perut , lepas tu kimi ajak balik, sebab nak charge bateri kamera , lemah sangat dah , jadi lepas makan terus balik kayuh basikal




Kayuh basikal , dengan panas terik mentari , haha , memang best lah ! sampai2 rumah tokcik , cari kipas , pasang dan semua mengadap depan kipas , haha , sambil2 tu charge bateri kamera.

Kimi pun ambil laptop dan masukkan semua gambar dan video untuk kosongkan memori kamera , senang sikit lepas ni , tak perlu nak ulang2 .

Model Basikal ! haha

Lepas dah menyejukkan diri di depan kipas , hehe , kami pun kemas beg untuk terus balik , masa tu dalam pukul 3 petang , jadi panggil tokcik cakap nak balik , salam dan balik !

Kayuh la basikal dengan beg berat digalas di belakang , memang mencabar sungguh perjalanan , jadi misi diteruskan dengan mengambil gambar2 , banyak lagi gambar yang tak diambil , sebab tadi memori penuh .


Jadi lepas dah banyak ambil gambar , tiba-tiba nampak bas rapid , kimi mengelabahlah , sebab bas tu dah nak jalan , huwwaaa !

Basikal tak hantar lagi , macam mana ni , tapi farah cakap tak apa , sebab nanti ada bas lain , jadi , kami pun pergi hantar balik basikal kat rumah tu .

Selesai ! Jalan kaki sampai Anjung Selera sebab kat situ RK ada , jadi masa sampai tak ada , sebab bas baru lepas , jadi tunggu bas yang lain , jadi sambil2 tunggu , farah ajak minum dulu , jom !

LaiciKang Time !

Model tak berbayar !
Model terlebih GEDIK minta PENAMPAR !

Zarina Zanoordin tu ! wuuhuu !
Tengah2 menikmati laicikang dan ABC , tiba2 nampak pakcik bas RK dan naik bas dan start enjin , ha ! kita orang pun cepat2 makan , bayar dan bergegas , haha

Adalah lebih kurang dalam 10 orang yang naik bas , termasuk kami bertiga . Sebenarnya kimi PERTAMA KALI naik RK ni , hehe , terlebih excited pula , macam budak2 , harharhar .



RK masih percuma hingga bulan April , jadi silalah menggunakan khidmat percuma ini , lepas 10 minit tu baru bas bergerak , hehe , best juga naik RK ni , haha .

muka 1st time naik RapidKuantan !
Jadi perjalanan mengambil masa dalam 40minit macam tu , dengan pemandangan kampung yang indah , menampakkan kesayuan hati yang berat untuk meninggalkan tokcik di rumah dan tempat yang indah ini .

Rasa macam tak nak tinggal je SL , sebab satu tempat yang tenang dan harmoni , jadi kalau nak bercuti , boleh cuba untuk ke SL , kerana pelbagai tempat dan pelancongan yang disediakan disini .

Naik RapidKuantan pun boleh , ambil bas 500 dari Terminal Makmur dan turun di stesen yang terakhir sekali , kan senang , tidur pun boleh , pesan kat driver bas kalau dan sampai , hehe .


Jadi akhir kata dari kimi , Sungai Lembing memang tempat yang harus dikunjungi kerana pelbagai khazanah dan tarikan yang ada disini , sejarah yang masih tersimpan disini dan masih lagi dijaga rapi untuk tatapan pelancong asing mahupun tempatan .

Repost Tags : Part 1 ,  Part 2 ,  Part 3



Tiada ulasan:

Catat Ulasan