Followers !

Sabtu, 9 Mac 2013

Kek Batik !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera , 

Seperti yang kimi janjikan , kimi nak berkongsi satu resipi yang kimi ambil dari laman sesawang My Resipi iaitu kek batik yang sungguh sedap !


Jadi kimi nak berterima kasih kepada Bake With Milla kerana memberikan resipi yang cukup mudah dan cepat , banyak resipi kimi tengok guna telur lah , kacang tanah lah , nescafe lah , nestum lah , kopi lah , macam2 lah nak bagi sedap , tapi resipi yang kimi jumpa memang simple tapi marvelous !

Untuk mengetahui resipi asal ---> My Resipi

Semua tahu ok , kimi buat khas untuk hari lahir Cikgu Rosnahni , jadi alang2 buat , kimi nak buat toturial kepada anda semua yang mungkin tidak berapa faham langkah demi langkah , diharapkan perkongsian kimi akan memberi secangkir senyuman apabila anda merasa kek batik anda buat sendiri :) 

Anggaran kos untuk menyediakan kek batik ini :

Bsikut Marie 1Malaysia RM 2.59 (1 Bungkus = 290gram)
Krimer Pekat 1Malaysia RM 2.05 (1 Tin = 505gram)
Majerin Cap Toucan RM 2.15
Serbuk koko dan milo ( dah ada kat rumah)

Jadi anggaran dalam RM 10 sahaja macam tu , so murah dan sedap !

Ok mari kita lihat bahan2 yang diperlukan , untuk pengetahuan semua , semua barang dan bahan kimi beli di KR1M , sebab murah , hehe .


:. KEK BATIK :.



Bahan-bahan 

1) 250 gram majerin (kimi guna 1 ketul cap toucan sebab dah 250gram)

2) 1 tin susu pekat 

3) 200 gram milo

4) 3 sudu besar serbuk koko

5) Biskut marie secukupnya (kimi guna biskut marie coklat , yang biasa pun boleh )


Cara-cara



1)Patah-patahkan biskut marie


2) Cairkan majerin .


3) Masukkan milo , serbuk koko dan susu pekat
4) Kacau sehingga bahan2 tadi rata dan tidak berketul
5) Selepas rata dan tidak terlalu pekat , tutup api


6) Masukkan biskut marie yang sudah dipatahkan ke dalam bahan tadi
7) Gaul rata dan masukkan kedalam bekas


Selepas masukkan dalam bekas , tekan permukaan kek batik supaya rata dengan menggunakan plastik .



Selepas itu , bolehlah hiaskan mengikut kreativiti anda :)


Sebelum simpan di dalam peti sejuk , pastikan kek batik betul2 sejuk .
Tutup dengan plastik makanan .


Simpan di dalam peti sejuk sehingga sejuk dan keras.


Lepas dah sejuk dan kek batik mengeras , bolehlah dipotong 


Hasilnya ! 

untuk dibawa ke sekolah !

Ok , itu lah hasilnya , rasanya memang sedap , cuma agak manis sedikit , tapi bagi kimi ok, sebab kek ni memang aslinya manis , sesuai untuk dibuat kuih minum petang mahupun pada bila-bila masa .

Biasanya masa hari raya , semua berebut nak buat kuih ni , haha , segala persoalan atau pertanyaan boleh ke ruangan komen di bawah atau ke facebook kimi :)


Tips dan nasihat :)

  • Biskut marie tak kisah guna yang cokelat atau yang biasa , dua2 pun boleh .
  • Adunan kek batik jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair
  • Jikalau tidak suka manis , boleh kurangkan susu pekat
  • Pastikan kek batik betul2 sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana adunan yang panas akan memasuki kedalam liang2 biskut marie dan menjadikan biskut lembut
  • Jangan terus masukkan kek batik kedalam peti sejuk kerana adunan masih lagi tidak rata
  • Kek batik yang dimasukka ke dalam peti sejuk seelok-eloknya di sarungkan plastik kerana tidak mahu bau-bau makanan lain termasuk kedalam kek batik dan akan menyebabkan bau yang tidak enak dan mencemari bau asal kek batik
  • Potong kek batik semasa ia betul2 keras.
  • Untuk memastikan kek betul2 sejuk , simpan selama 30minit

6 ulasan:

  1. cik akak pernah buat tapi orang sarawak paling batik jawa :)...dapat guna horlick juga dik

    BalasPadam
    Balasan
    1. a`ah , masa saya search2 pun ada jumpa batik jawa , ada juga kek batik brunei , macam2 kak , tapi keknya sama sahaja , cuma dari pengolahan lain :)

      Padam
  2. yoshhh lama tak makan kek batik!huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti free mimie buat ye , senang saja ni :)

      sedap dan mudah :)

      Padam
  3. Salam dik.. Mak Dara ada special entry utk adik @ http://www.bicaramakdara.com/2013/03/follower-mak-dara-ke-3030-yeay.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh my god ! thanks mak dara , kimi terharu :)

      Padam