Followers !

Sabtu, 16 Mac 2013

Menganalisis Borang Soal Selidik :D




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ,

Petang tadi kimi sambung PBS Pengajian Am , kalau ikutkan hati tak nak sentuh , tapi nak buat macam mana , kena buat juga , kan cikgu gagalkan kimi , tak nak , tak nak , huwaaa ! hehe



Borang soal selidik kimi dah siap bagi kepada responden untuk dipenuhi , jadi tunggu untuk analisis saja , sebenarnya memang dah lama siap soal selidik ini , semua 50 borang sudah diisi dengan lengkap oleh reponden.

borang soal selidik

Petang tadi baru tergerak nak buat analisis , satu-satu kena kira , kena betul-betul kira secara terperinci , sebab kita nak tahu keputusan yang betul dan tepat .

Bersengkang mata la kimi petang tadi , cuaca hari ini pula agak panas , jadi emosi kadang-kadang terganggu juga , macam-macam dugaan .

kertas analisa yang di saletip , takut terbang , hehe

Lepas dah siap analisa semua , tengok jam , dah pukul 5:30 , kimi mula pukul 2:00 , maknanya 3 jam 30 minit untuk analisa semua , memang gila lah , tu baru 50 keping borang , kalau 100 ? hehe , no komen , jadi lepas dah siap , rehat2 , sebab dah petang , angkat kain di ampaian , dan nak sambung lagi , in shaa Allah , malam ni siaplah :)

Ok , itu sahaja , moga2 hujung minggu anda dapat dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah di samping keluarga yang tersayang , bye :)

muka stress sebab tu ada jerawat :D

p/s : esok kimi nak pergi Karnival Jom Masuk U di Sultan Ahmad Shah Convention Centre (SASICC) !    wuhuu , nantikan entrynya esok :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan