Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 8 Mac 2013

Kedai Rakyat 1Malaysia ( KR1M ) !




Assalamualaikum ,

Perkara yang tidak dijangka yang kimi akan ke KR1M lepas maghrib semalam , sebenarnya esok (8/3/2013) hari lahir salah seorang cikgu kimi , jadi kita orang dah kumpul duit RM5 seorang nak beli kek , tapi athirah pula beria-ria nak suruh kimi buat sesuatu , saja2 nak memeriahkan majlis , tapi athirah cakap kalau tak boleh tak apa .





Tapi selepas difikirkan , kesian la pula , kan kempunan pula kawan kimi seorang ni , hehe , jadi kimi pun ambil keputusan untuk buat kek batik . Jadi pergi lah ke KR1M untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan.

Ingatkan nak buat apam , tapi macam bosan saja , sikit2 Apam Dot2 , kimi pun dah bosan , nak juga kelainan kan , jadi kimi buat kek batik , huhu

Aiskrim Potong RM 0.90 setiap satu

Kimi ke KR1M bersama meera sebab harga barang yang murah , sebab itu KR1M menjadi pilihan penduduk dan masyarakat di Malaysia . Jadi apabila sampai , kimi pun belilah barang2 yang diperlukan untuk membuat kek batik .

Jadi , kalau nak tahu resipi biskut batik kimi , nantikan entry seterusnya , hehe , kimi siap bagi toturial lagi ok untuk memudahkan semua .

Kicap Manis RM 1.00 !
Aiskrim pelbagai perisa RM 4.45

Pelbagai perisa
Aneka pilihan pati jus minuman

Mandian badan hanya RM4.70

Makanan kucing pun ada jual !

Bermacam lagi yang boleh didapati di KR1M , bukan sahaja barangan 1Malaysia , barangan lain juga ada dengan menawarkan harga yang cukup berpatutan dan cukup murah sesuai dengan golongan yang berpendapatan rendah .

Jadi , kepada siapa yang tidak lagi berkunjung , marilah ke KR1M , kimi pasti semua pasti akan berpuas hati dengan barangan dan tawaran disini :)


#entry semalam , baru dapat post hari ini :)





5 ulasan:

  1. best ler kalau kat sarawak nie ade kdai cam nie..hihi..berbaloi betol

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat sarawak tak ada ke ? tak apa , mungkin akan datang , in shaa Allah :)

      Padam
    2. Nao Mei tinggal kat mana?? kalo kat kuching dah ada KR1M.. kat medan selera hamidah demak..

      Padam
  2. eskrim potong tu mmg best...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang best, perisa durian terbaik !!

      Padam