Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 13 Julai 2012

Making Apam Dot-Dot ! :)





Assalamualaikum,

Petang tadi kimi buat apam dot2 ,
sebenarnya buat apam ni bukan saja-saja , tapi mak suruh sebab nak bagi jiran sebelah , ada majlis esok , jadi , mak kimi suruh buat 2 adunan . dari pukul 6 sampai pukul 8 baru siap , kuih kukus kan , lambat la sikit , kimi dah lama buat apam ni , hari tu ada orang tempah , kimi buat jugak , pendapatan sampingan gitu , ceewaahh ! hehe , banyak kali buat , cuma tak ada masa nak ambil gambar , harini ada jurugambar yang tidak berbayar , dia pun rajin sangat nak ambil gambar-gambar apam . kimi bagi lah , sambil-sambil asah-asah bakat nak jadi jurugambar .




kimi ambil resipi dari myresipi.com , nak resipi asal klik SINI , yang ni resipi asal , kimi ubah sebab ada bahan-bahan yang jarang ada dekat rumah kimi , ada orang cakap , kalau "derhaka " dekat resipi ni tak jadi , tapi alhamdulilah , kimi ubah-ubah jadi , ubah sikit je , tak la "derhaka " sangat , hehe .

Apam Dot-Dot (versi Keyme Keymoo)

Bahan-Bahan :-

3 biji telur (biasa guna saiz B)
250 gram gula kastor
2 sudu besar ovallete
2 susu besar baking powder
2 sudu besar susu pekat
275 gram tepung gandum
Pewarna (kimi biasa guna ungu , kuning , dan merah jambu)

Cara-Cara:-

1) Putar gula dan telur sehingga sebati dan rata.
2) Masukkan ovallete , baking powder , dan susu pekat dan putar hingga sebati .
3) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga sebati dan rata .
4) Bahagikan kepada 3 warna dan letak dalam acuan kertas .
5) Kukus selama 10 minit .

Kalau dibandingkan dengan resipi asal memang kimi banyak ubah , contohnya :-



gula = asal 200gram kepada 250gram
masa mula -mula kimi buat mak cakap tawar , jadi kimi tambah lagi 50gram sampai sekarang . tak ada lah manis sangat , manis biasa sahaja.



susu = asal susu segar kepada susu pekat
masa mula-mula memang kimi guna susu segar , lama-lama leceh lah pulak , hari tu test lah guna susu pekat , nampaknya jadi , lagipun susu segar cepat rosak , kalau susu pekat memang barang basic yang ada dirumah.



ovallete = asal 1 sudu teh kepada 2 sudu besar .
disebabkan kimi guna susu pekat , jadi kimi backup susu segar dengan ovallete , ovallete ini bertujuan untuk melembutkan adunan , susu pekat kan bahan pekat , jadi lembutkan dengan ovallete .

kimi guna jenama macam ni .

baking powder = 3 sudu teh kepada 2 sudu besar
sebenarnya sama sahaja , asal 3 sudu teh kimi tukar kepada 2 sudu besar , kuantiti still sama .

ok ! kita teruskan , banyak pulak membebel pak cik ni , hehe . :)



 lepas dah siap-siap letak warna dekat doh , kimi letak dalam plastik macam ni , senang sikit nak letak dalam cup kertas , tak payah guna sudu .



leraikan cup kertas dan letak dalam tray , nampaknya cup kertas sudah bersedia ! huhu ! bersedia !




lepas tu picit doh kedalam paper cup yang diisi dalam tray , wajib paper cup dengan tray , kalau tak , apam akan leper dan tak naik , kene ada penyokong , letak penuh-penuh , baru apam nanti cantik .



lepas dah isi penuh-penuh doh tadi , buat dot-dot 5 titik , nak buat 10 titik pun boleh , tak kesah , ikut suka hati , nak corak lain pun tak apa . yang ni doh warna ungu dan dot warna putih .



yang ni pula doh putih (doh asal yang tak dicampur warna) berdot-dot kan warna merah jambu , warna macam ni kesukaan kimi .




lepas kukus selama 10minit , ni la hasilnya ! comel kan , sebab tu kimi suruh letak penuh-penuh , baru apam naik dan bentuk macam bukit , baru nak sedap , comel sangat-sangat , sayang pula nak makan . hehe !

lepas dah berulang-ulang kukus , susun apam elok-elok , jangan susun bertindih , nanti apam akan penyet .




jangan lupa nak rasa tau , biar tuan rasa dulu , kalau sedap baru bagi orang lain rasa , kalau tak sedap , pandai-pandai la , hehe ! insyaallah sedap dan lembut je apam .



yang apam ni last one , masa tinggal sisa-sisa doh , kimi buat la ala-ala google chrome punya theme tu .


patutnya merah , kuning , dan hijau , tapi yang hijau tu ganti ungu , hehe ! jangan marah ye encik google .

ok , itu sahaja untuk malam ni , kalau ada masa , cuba-cuba lah buat apam dot-dot ni , senang cepat dan mudah , bahan-bahan pun senang nak dapat . terima kasih kepada jurugamabar Miss AB ! bye-bye.



2 ulasan: