Followers !

Isnin, 9 Julai 2012

Thanks Allah ! You give me Sunshine :)






K: kau betul ke nak pergi UTM ? (perasaan resah bercampur sedih)
C: ya, aku perlu untuk mengejar cita-cita aku.
K: dah tu , aku macam mana?
C: kau pun kena kejar cita-cita kau.
K: dimana ? Form 6 ?
C: jikalau itu yang terbaik , teruskan .
K: ok .




begitulah perbualan antara K dan C sejurus menyemak keputusan UPU yang mereka mohon bersama-sama , tetapi K tidak tidak begitu bertuah seperti C yang mendapat tempat di IPTA pilihannya , K redha , nampaknya selepas 7 tahun bersekolah bersama-sama , mungkin hari ini takdir memaksa mereka terpisah , C begitu gembira tetapi perasaan dia sedikit berdebar untuk menempuh cabaran hidup yang baru , Tetapi K masih memikirkan adakah dia boleh hidup tanpa C disisinya ? adakah dia boleh menempuh kehidupan barunya di sekolah baru tanpa C ? K merasakan cukup tercabar kerana selepas ini dia akan melalui semua perjalanan tanpa C.


F, Z, W , S , H dan A adalah rakan sekolah yang bersama memilih jalan untuk ke Pra -U, tetapi K masih teragak-agak adakah ini jalan yang betul untuknya? ataupun sudah tertulis di dalam takdir hidupnya? dia masih tidak tahu ke mana arah tujuannya? masih tercari-cari sinar kehidupan yang baginya masih samar-samar , perasaan yang berbelah bahagi masih menyelubungi hatinya kini, kadang kala dia memikirkan mungkin ini ujian tuhan kepadanya.


hari ini hari orientasi bagi pelajar-pelajar t6 rendah , program yang dijalankan selama 3 minggu , cukup lama bagi K yang tanpa C disisinya , dia merasakan hidupnya kosong , tiada apa-apa , tetapi dia bertekad , jikalau C memilih untuk berdikari , kenapa tidak K sendiri , dia berjanji kepada dirinya sendiri untuk terus meneruskan cita-citanya , dia tidak boleh bergantung kepada C untuk selama-lamanya , dia juga harus berdikari , mungkin tuhan merasakan t6 adalah yang terbaik untuk K , mungkin ini sudah suratan takdir , walaubagaimanapun dia tetap redha , setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya , begitu lah yang dipegang K selama hidupnya hingga hari ini .



3 minggu berlalu , masa yang begitu lambat bagi K , ada hari yang ok , ada hari yang bosan , ditambah pula dengan keadaan dewan yang agak panas terutama pada waktu tengahhari , sungguh menguji keimanan K , tetapi semua itu sudah berakhir , K berada di dalam kelas bersama A, F , Z , manakala W di kelas geo dan S di kelas akaun , K masih lagi berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan baru , rakan-rakan yang baru , ditambah pula dengan tanggungjawab yang harus dipikulnya sebagai ketua kelas , dia harus juga menerima keadaan yang baru ini dengan redha , sabar , dan demi segulung ijazah .


pada malam itu , K ber-sms dengan A untuk meluahkan perasaan .

K: aku sedih la , arif dah tak ada , pergi UTM .
A: ala , aku ada kan, kau geng dengan aku je la . aku pun P tak ada .
K: nasib kau ada A , kelas kita pun sama , boleh duduk dengan kau .
A: cantik ! sebab aku pun tak tahu nak duduk dengan siapa dalam kelas .
K: nasib kau ada A, kalau tak aku tak tahu nak kawan dengan siapa .



Memilih untuk bersebelahan dengan A adalah pilihan terbaik , cerita K dan A hampir sama , A kehilangan seorang kawan , sama juga dengan K , jadi nasib mereka sama , adakah ini takdir? hanya tuhan saja tahu jawapannya , K hanya menjalankan kehidupan seperti biasa bersama A , manakala F dan Z duduk berdua di belakang meja ku , mereka sungguh bahagia berdua , K bersama A masih lagi cuba berkawan , walaupun mereka sudah berkawan sejak t5 sudah , tetapi tidak la serapat C dan K atau A dan M ,  jadi K cuba berkawan semula dengan A walaupun agak janggal pada mulanya .

Sedar tak sedar K sudah berkawan dengan A selama sebulan , mengharungi suka duka bersama-sama , menyiapkan kerja sekolah bersama-sama , berkongsi masalah bersama-sama , segalanya dilakukan bersama , cuma ke tandas sahaja tidak bersama , hehe , tak kan la ke tandas bersama , hehe , tetapi selama 1 bulan sedar tak sedar , K sudah rapat sekali dengan A , mungkin A sahaja lah tempat dia mengadu segala hal , jatuh bangun K , A bantu segalanya , K dan A saling melengkapi antara satu sama lain .


Kini , K baru tersedar , mungkin Allah sengaja menghindarkan C dari kehidupannya kerana Allah memberi yang lebih baik , mungkin Allah sengaja menyembunyikan Pelangi dalam hidupnya tetapi Allah memberikan Matahari untuk menyinarkan kehidupannya selamanya . Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya .



                     





2 ulasan:

  1. Dalam banyak-banyak post kau aku paling ske yang ni...
    Hehe...
    Thanks weh

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks meyra :)

      walauapapun, kita tetap SAHABAT ok :)

      Padam