Followers !

Ahad, 1 Julai 2012

Hang Out with BFF ! :)






Assalamualaikum,

Kimi nak cerita pasal semalam , kimi keluar dengan bff , arif , dia belajar kat UTM kl , course seni bina , jadi nak dijadikan cerita , dia balik hati jumaat , pastu hari sabtu ajak kimi keluar , sebab kita orang lama da tak keluar sama-sama , sejak dia kat kl kimi still kat sini .







yang pakai baju merah tu dia la , tapi hari ni dia dah balik kl , ok, back to the topic , semalam dalam pukul 3:00 kitaorang keluar naik motor je , arif dah dapat P , sebab dia buat dulu , kimi baru dapat L , si dia la yang bawa motor , kimi duduk dekat belakang . naik pulak moto honda wave . kelakar pun ada .






start dari rumah kimi , pastu masa atas jalan ok lagi , tapi arif cakap suruh duduk diam-diam sebab kimi berat , sambil-sambil atas motor tu sempat lagi gosip , pastu sampai dekat jambatan lepas sekolah galing tu kimi da rasa lain , rasa macam tayar tak ada angin , tayar kempis kot , kimi jenguk la , betul la , tayar tak ada angin , maybe kimi berat sangat kot , memang dah tak ada angin langsung .

kimi suruh arif berhenti dekat tepi jalan , disebabkan kimi bersaiz XL dan arif bersaiz S , jadi biar kimi yang bawa motor , sebab yang tak ada angin tayar belakang , yang depan ok , masa berenti tu dekat traffic light lepas jambatan tu , kimi bawa pulak , ingat ker bila kimi bawa ni ok sikit , tapi sama je ,  habis depan dah duduk , sebab tayar tu dah nazak , hati punya debar yang amat , takut tayar keluar daripada ring motor tu , lagi teruk , selepas mengharungi jalan sambil bergoyang-goyang inul di atas motor sampai la di Shell .






sampai di Shell , pergi la dekat pam angin kat situ , sampai je atas notis yang sangat cantik "MAAF , ROSAK , DALAM PEMBAIKIAN " bila baca je rasa nak nangis pun ada , pastu nampak la ada 1 lagi pam angin yang lain bila arif pergi round Shell , pergi la , heret moto , nak naik kan moto da nazak  , sampai-sampai kat pam tu , alhamdullilah , elok , bila pam , angin masuk , tapi keluar balik , pam semula , macam tu jugak , uncle dekat belakang da jeling-jeling tunggu turn , pastu last-last tolak ketepi sebab uncle tu nak guna, kimi pun cakap tayar bocor ni , dengan panas , pukul 3:30 kan , matahari still memancar , kimi dah la pakai kemeja , lepas uncle tu siap , dia tanya .

Uncle : saya pam boleh , kenapa dengan tayar u .
Kimi : saya pam pun boleh , tapi rasa tayar bocor la uncle , pam-pam masuk pastu keluar balik .
Uncle : pergi workshop la , tukar tiub baru .
Kimi : saya mane tahu workshop uncle .
Uncle : itu kat depan sana (sambil menunding jari ke arah workshop itu.)
Kimi : mane uncle , saya tak nampak lagi . (masih mencari-cari kedai motor.)
Uncle : belakang Shell seberang jalan tu , belakang Shell tu ada bangunan , dekat bangunan tu la ada     workshop , tapi kene tolak motor la .seberang jalan .

(masa tu kimi dekat seberang jalan belah kiri , shell tu seberang jalan belah kanan , kalu nak pusing jauh .)

Kimi : ok , thanks you uncle .
Uncle : ok2.

baik sungguh uncle tu , susah nak jumpa orang orang baik macam uncle tu , kimi dengan arif pun , terpaksa la tolak motor seberang jalan , kalau ikutkan hati arif dia nak tinggal pastu nak jalan kaki je , tapi kimi fikir sebab kimi nak ajak dia pergi macam-macam tempat , so better ada motor senang nak gerak , pastu kitaorang pun heret la motor nak lintas jalan , kereta punya la banyak , tak putus-putus kereta , nak lintas punya la susah , jalan belah sana pulak jam , last-last tu lintas jugak , sampai dekat divider jalan tu , tinggi la pulak divider tu , adoii ! , kereta dari arah depan dah nak jalan , mampus la , pastu suruh arif angkat tayar depan , kimi angkat handle motor , lepas la , orang dalam kereta semua tengok , dalam hati biar la dia nak tengok jangan sampai kimi kemalangan pulak kat situ , heret punya heret , sampai jugak kedai tu .






bila sampai rasa dah lega , nasib arif bawa duit banyak , sebab kimi bawa RM30 je , tapi kalau arif pun tak ada duit , kimi sanggup tolong bayarkan , lepas siap tu , bayar la RM 12 untuk tiub yang baru . workshop tu dekat belakang Shell , lepas dah settle hal motor , arif cakap nak pergi megamall sebab dia nak beli barang , arif cakap dekat kl barang mahal mahal mahal sangat sangat ! berbeza dekat sini .

sampai mega terus pergi popular , tak singgah mana-mana pun , sampai popular kimi beli test pad je pastu kimi buat kad popular , tahun-tahun lepas dah pernah buat sekali , tapi untuk setahun je , pastu kimi buang sebab da habis tarikh luput , yang kimi buat yang baru ni kimi buat pakej student , RM10 untuk 2 tahun , yang lama tu kimi buat yang pakej biasa , RM12 untuk 1 tahun , pakej student ni jimat sikit , sebab kimi kan F6 , so kad tu guna untuk tahun ni dan tahun depan , sebab buku rujukan nak kena beli setiap semester , jadi kimi rasa tak rugi dan berbaloi , boleh kongsi-kongsi dengan kawan .











sampai dekat ECM , tapi parking punya la jauh , dekat china town belah belakang tu , arif bagi alasan hari sabtu , so parking depan ECM penuh , alasan je lebih , sebab tadi kan beli barang dekat popular , barang tu kene carry masuk ECM , sebab takut hilang , nak pergi ECM bukan apa pun , nak pergi jumpa warga-warga bakery dekat carrefour , kan kimi pernah cakap dulu , arif la sibuk sangat nak jumpa "mak tiri" dia ,
kak faizah , masa tunggu lift , nampak puan intan , kimi pun ajak arif blah dari situ , rela naik escalator , smapai la akhirnya tapi kak faizah nya tak ada , arif pun cakap-cakap dengan akak sushi , lama jugak la , pastu kimi pergi cakap dengan anamul , kak ika , and kak eli kat salad bar . pastu sempat tegur puan intan , tak tegur kan takut dia perasan masa kat lift tadi , jadi tegur la . cakap-cakap kejap pastu pergi kat bilik staff c4 (carrefour) , guna tangga staff , selamba je kan . jumpa la kak faizah . borak punya borak , tengok jam pukul 6:30 , pastu cakap bye-bye kat kak faizah .





lepas jumpa kak faizah , arif cakap nak pergi beli tiket sebab dia dah nak balik esok , sedih pulak kimi rasa , tapi nak buat macam mana , orang belajar jauh , redha je la , kimi cakap parking dekat depan stesen bas tu , dia cakap malas , last-last korang tahu tak parking kat mane , dia punya la parking dekat dengan the store tu , depan ayam penyet (sebelum ayam penyet adalah A&W) , punya la "dekat " , sabar je la , jalan la kaki , kali ni kimi malas nak bawa barang , tinggal kat motor je , jalan jauh juga , lepas sampai arif nak beli tiket bas lain , tapi masa tu orang jual tiket tu pula rehat , last-last lepas 2-3 kali pusing , arif beli transnasional , kimi suruh beli sani ekpress , tapi dia cakap tak nak sebab trauma kes berita hari itu , kimi suka sebab bas sani terlalu canggih , ada lcd tv dekat setiap seat , kita boleh tengok movie dan bas sani ni ada wifi , canggih kan ? tapi arif cakap itu semua attraction je , sebab nak bagi orang naik , sebab nak backup kes yang dulu tu  , kan-kan? kimi pun rasa macam tu jugak .




tawaran RM2 ? ada tawaran ker ? tak la , saja-saja letak gambar tu , sebab ada RM2 , hehe , ok , lepas tu kimi ajak arif pergi kedai RM2 , kimi nak beli bekas pensil , yang plastik tu , haritu beli yang kecil , ingat ke barang sikit je , tapi penuh sangat , banyak pula barang nak letak dalam tu , so , nak beli yang besar sikit , ada 3 saiz , nak beli yang sedang sikit , kalu yang besar tu boleh muat kertas A4 , so besar sangat , beli la yang sedang , pastu beli marker whiteboard untuk kelas , susah sangat cikgu nak bawa , kimi beli mangga , dan kimi beli bekas air yang besi tu , orang panggil 'kole' kan ? ada penutup , nak beli mug , tak sesuai sebab kimi kalau minum air mesti gelas besar punya , pastu arif beli frame gambar , dia cakap nak tampal dalam room dia , dia cakap tak boleh tampal gambar-gambar orang , so dia beli la frame tu yang ada permandangan dalam hutan . lepas keluar dari kedai tu , arif nak beli kasut , belek-belek kat kedai kasut tu , tak minat , mahal la , macam-macam la , last-last tak beli .

lepas tu kimi cakap nak pergi ten-ten , barang nak beli pula tak ada , lepas tu pergi tunas manja pun tak ada , dah tak ada , balik je la , sampai-sampai rumah pukul 9:30 , penat sangat-sangat . lepas mandi tengok tv pun dah lentok , akhirnya tak sempat nak online sebab terlalu mengantuk , sebab tu baru update hari ini .

arif pun dah ada kat kl sekarang ni , dia sampai dalam pukul 6:30 , tak tahu la tu bila balik lagi , btw good luck arif , jaga diri elok-elok kat sana , kimi tetap merinduimu ! you are my BFF forever and ever <3





Tiada ulasan:

Catat Ulasan