Spice of My Life

Followers !

Halaman

Rabu, 27 Jun 2012

Student Life ! :)



Kringg!!! Kringgg!!!!



pukul 6.00 tepat jam di telefon bimbitnya...nampaknya K perlu bingkas dari tempat tidurnya untuk bersiap ke sekolah . . rutin hariannya begitulah setiap hari yang bergelar seorang pelajar . . . selepas siap membasuh badannya . . dia terus menyiapkan segala persiapan untuk ke sekolah . . . .

Jam tangan K telah menunjukan tepat pukul 6.30 pagi . .  dia harus pergi ke stesen bas untuk menunggu bas yang setiap hari tanpa jemu menjemputnya ke sekolah . . dia terus bergegas mendapatkan adiknya untuk menghantarnya ke stesen bas itu . . . lantas adiknya terus menggapai kunci motosikalnya untuk menghantar abangnya . . .  .





Kini K telah berada di stesen bas yang setiap hari menjadi tempat persingggahannya sebelum ke sekolah . . . dia sekali lagi melihat jam tangan yang telah menunjukkan pukul 6.40 pagi . . . dia menantikan sahabatnya yang sama-sama menaiki bas bersamanya . . . K mengelamun . .

Broooommm !!! Broommm !!

deruman bunyi motosikal memecahkan lamunan K untuk seketika . . . K tersedar dari lamunan . . . lantas dia menoleh untuk melihat kelibat siapakah yang datang bersama deruman motosikal itu . . .  nampaknya kelibat itu ialah rakannya iaitu F . . nampaknya F hari ini muram nampak air mukanya . . K menanyakan mengapa air muka nya begitu . . F menjawab kerana penat menolong keluarga mencari rezeki semalam. . . tetapi dia sudah biasa dengan semua itu. . . kata pepatah . . alah biasa tegal biasa . . .  mungkin itulah falsafah yang menjadi pembakar semangat kepada F untuk terus menggapai bintang yang bersinar di masa depannya . .  tapi K merasakan pergorbanan itu sungguh mulia sekali . . .

Satu lagi deruman motosikal kedegaran yang telah mencelah perbualan si K dan F . . . nampaknya W datang dengan senyuman dan hati yang gembira. . .  K terus mengajukan soalan mengapa wajahnya begitu gembira seperti bulan jatuh ke riba nampaknya . . . W berkata bahawa dia telah lulus ujian statik motosikal . . .  alhamdullilah . . nampaknya berita gembira itu telah mengukir senyuman di bibir K dan F sebentar . .  . nampaknya berita itu telah melenyapkan kepenatan yang dialami oleh F . .




Kakak . .  Abang  . . .Naik . .  naik . . . cepat !

Suara makcik bas telah memecahkan perbualan antara K , W , dan F . . . nampaknya bas sekolah yang mereka nanti sudah tiba . . . mereka perlu bergegas naik untuk ke sekolah  . . . K , W , F pun menaiki bas itu disambut mesra dengan terukir senyuman di bibirnya . . . . wang sebanyak RM 0.80 di hulur kepada makcik bas itu . . . perjalanan untuk sampai ke sekolah mengambil masa lebih kurang 15 minit .




Selepas perjalanan lebih kurang 15minit . . . mereka bertiga nampaknya sudah sampai disekolah . . . jam menunjukkan tepat jam 7.00 pagi . . . mereka bertiga masuk ke dalam pagar sekolah . . W dan F telah berjumpa S dan mereka menuju ke bilik darjah manakala K harus ke pejabat untuk mengambil buku pengesanan kelas . . begitu la rutin harian K sebagai ketua kelas apabila menjejakkan kaki ke sekolah dan dia harus mengambil buku tersebut di pejabat . . .

Knnookk !! Knnookkk !!

Pintu bilik darjahnya diketuk . . . K telah sampai di bilik darjah  . . . K melihat F dan Z bergelak ketawa kegirangan . . . Z ialah rakan F didalam kelas  . . . mereka duduk berdua . . .K memikirkan apa yang lucu sangat sampai mereka ketawa sebegitu rupa . . .

kedatangan K disambut mesra A dengan senyuman yang melebar . . .  iaitu rakan semeja K didalam kelas . . . K tahu senyuman A membawa seribu makna yang tersirat . . sebaik sahaja K melabuhkan punggungnya di atas kerusi . .  lantas A menyuarakan mahu meminjam buku Pengajian Perniagaan . . . nampaknya A tidak menyiapkan tugasan tersebut . . . .


                                                                  * *  * * * * * * * *  *





Kringgg !!! Kring !!!!

masa rehat telah tiba . . .  K menyuruh semua rakannya berdiri dan berterima kasih kepada Miss Q  . . . guru matapelajaran MUET mereka . . . nampaknya Z dan F sudah sibuk berbincang tentang juadah apa yang mereka mahu menjamah di kantin nanti . . . . baru beberapa saat Miss Q keluar dari kelas  . . . .mereka sudah seperti murai tercabut ekor berbicara . . . . tetapi K dan A sibuk bertanya tentang soalan semalam yang diberi oleh cikgu . . . nampaknya soalan itu menguji minda mereka berdua .  ..

Kantin sekolah memang penuh setiap hari  . .  kadang -kadang tempat duduk pun penuh sesak . . . F dan Z membeli juadah nasi minyak berlaukan ayam masak merah  . . . sungguh menyelerakan santapan mereka. . . A dan K pula membeli nasi lemak berlaukan ayam goreng berempah  . . . .. begitulah juadah A dan K setiap hari . . . kadang-kadang F bertanya kepada K . . . tidak jemukah makan makanan yang sama setiap hari . . . tetapi jawapan yang diberikan K . . .  bahawa nasi lemak kesukaan dia . . . si W dan S rehat bersama . .

Kringgg!! Kringg !!

Kedengaran loceng berbunyi . .  nampaknya masa rehat sudah tamat . . . A dan K memberitahu Z dan F bahawa mereka mahu beransur ke kelas . . . Z dan F hanya mengganguk . . . beerti mereka faham walaupun ketika itu mereka sedang rancak berbual . . .

A dan K telah sampai di kelas . . . terlihat Miss T duduk di meja guru dan menyiapkan sesuatu tugasan. . . . Miss T mengajar subjek Pengajian Am di kelas K . .  . selepas lebih kurang 10minit . .  kelihatan kelibat Z dan F yang baru sampai di hadapan pintu kelas. . . kelas diteruskan semula . . .


                                                              * * * * * * * * * * * * *






Jam tangan K telah menunjukkan pukul 2:25 petang  . . . nampaknya lagi 5 minit lagi loceng terakhir akan berbunyi . . .  Puan R rancak mengajar di hadapan  membincangkan tentang isu alam sekitar . . . Puan R mengajar subjek Bahasa Melayu .  . .  tetapi tidak ramai pelajar yang memberi fokus kerana sudah penat .  . K menanti dengan sabar bunyi loceng . . .

Kringgg !! Kringg !!!

Inilah saat-saat yang paling ditunggu K sudah tiba . . .macam biasa . . .  rutin ketua kelas . . .  K menyuruh rakan-rakannya berdiri dan mengucapkan terima kasih kepada Puan R . . . kelihatan semua berpusu-pusu berkemas untuk pulang ke rumah masing-masing. . . . gelagat-gelagat mereka kadang-kadang melucukan

Selepas siap berkemas untuk pulang . . .  K , A , dan F mendapatkan W dan S yang berada di kelas berlainan . . .mereka berlima naik bas yang sama apabila pulang. . . .stesen bas di hadapan sekolah menjadi tempat persinggahan mereka setiap hari apabila menunggu Pak Cik K . . . jam tangan K menunjukkan tepat 2:35 . . ..selepas beberapa minit . . bas kelihatan . . . . mereka berlima naik bas bersama-sama . .  wang tambang sebanyak RM 0.80 dihulur kepada makcik bas itu . . . K berpeluh kerana cuaca yang agak panas . . K berharap cepat tiba di rumahnya . .




selepas perjalanan memakan masa lebih kurang 15 minit . . .K , W , dan F diturunkan di tempat mereka menuggu pagi tadi . .  sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di situ . .  mereka terus menanyakan tentang kerja rumah yang diberikan guru . . . W menelefon ibunya . . . Cik B panggilan K kepada ibunya W . . . manakala F menelefon ibunya iaitu Mok T yang dipanggil K . . . K menunggu F mengambil nya selepas dia menghantar ibunya ke rumah  . .



                                                               * * * * * * * * * * * * * *





pukul 3: 15 , K baru sampai di rumahnya . .  dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk . .  di fikirannya terus terngiang-ngiang suara -suara guru yang menyuruh menyiapkan tugasan kerja rumah yang diberi tadi . . . nampaknya K ada tugasan  . . .dia perlu menyiapkan tugasan nya sebelum dia berehat . .  alat kawalan jauh televisyennya terus diletakkan kembali . . . dia tidak harus menonton televisyen pada masa ini. .  kerana ada kerja yang perli diberekan  . .  dia terus mandi dan menyiapkan dirinya untuk menyiapkan tugasan yang diberi gurunya . . .

jam terus berpusing dan terus berpusing dan berpusing sedangkan K sedang ligat menyiapkan tugasannya  . . . . . . setelah hampir 3 jam bertungkus lumus . . .tanpa disedar . . . jam menunjukkan pukul 7:03  . . nampaknya hari sudah beransur gelap. . . tetapi dia masih tidak menutup tingkap rumahnya yang masih terkangkang luas . .  dia lantas menutup tingkap rumahnya dan mengemas beg berdasarkan jadual hari seterusnya . . .

setelah siap semua tugasan  . . . K menonton berita TV3 pada pukul 8:00 hingga 9:00 malam . . K sedar bahawa berita dan hal -hal semasa amat membantunya dalam matapelajaran Pengajian Am  dan Bahasa Melayu . . . .dari hal dalam negara sampai ke luar negara berita tonjolkan . . .

selepas habis berita . .  ada beberapa drama yang menarik menjadi santapan malamnya itu. . .  sambil-sambil menjamah makanan yang dimasak ibunya . .  sambil-sambil itulah dia meluangkan sedikit ruang untuknya menenangkan fikiran nya selepas sehari menelan segala pelajaran yang agak berat  . . . masa-masa beginilah dihabiskannya dengan cermat dan baik . .





10:30 , patutlah K merasakan matanya sudah mengantuk dan seperti katilnya memanggil-manggil namanya . .  nampaknya masa tidur sudah tiba . . . sebelum K melabuhkan badannya di atas katil yang empuk itu. . .  K harus menyediakan pakaian , beg sekolah dan kelengkapan lain untuk ke sekolah esok. . . .setelah itu barulah K membaringkan badannya dan mengunci jam telefon bimbitnya  . . .

matanya dipejam dan meniatkan dalam hatinya untuk kesekolah dengan penuh keikhlasan keesokan harinya .

Begitulah kehidupan seharian seorang pelajar yang ingin menggapai bintang di puncak alam demi mengimpikan masa depan yang cerah demi mengenggam segulung ijazah di tangannya . ! . !




Tiada ulasan:

Catat Ulasan