Followers !

Ahad, 17 Jun 2012

1 week in Pra-U !


Assalamualaikum,

tajuk yg kimi nak cerita harini ni... pasal 1 minggu kimi kat form 6.. semua tahu form6 ni belajar cara universiti tetapi persekitarannya berada di sekolah.. dan kimi rasa semua da tahu apabila berada di sekolah nie pastinya terikat dengan peraturan sekolah dan lain-lain...dan itu semua memang betul dan kimi akui sepenuhnya... tapi adakah itu semua menjadi batu penghalang untuk sukses di STPM... tidak! tidak sama sekali !



\

ok, start sekolah hari isnin lepas.... excited jugak nak masuk kelas sebenarnya...macam budak darjah 1 pun ada..... hehehe ... kalu diikutkan jadual nampaknya agak padat sebab semuanya aktiviti belajar.... sukan tak de...kalu ada pun koko tu pun hari rabu dan dibuatkan petang semasa sesi belajar da habis...



first day belajar , tak berapa ok , sebelum rehat ok la....tapi lepas rehat mata da start ngantuk...cikgu tengah cerita sejarah kat depan tapi mata plak da ngatuk gile...adoooiii ! baru nak fokus...lagipun form6 subjek-subjek yg heavy...so dengar sikit da pening...pastu last2 balik sekolah tido depan tv...penat sgt first day kot...da bape bulan tinggal sekolah...maybe jadi macam tu..

second day ok la, sebab pengalaman hari semalam....so dah tahu lepas rehat mesti ngantuk....bila ngantuk skit kimi minum air...minum air...sampai nak kembung perut kimi sebab minum air...tapi asal tak tido sudah...second day ni ada jugak cikgu tak masuk kelas......balik pun tak tido depan tv da..sebab kene siapkan homework cikgu bagi....


third day, feel the heavy !, hari ke-3 ni la baru rase mcm mane berada di form6...kebanyakan subjek memang heavy sebab kene banyak membaca...kalu tgk buku rujukan form 6 nie...nampak tulisan je..nak jumpa pic tu;...da berbelas-belas muka surat baru jumpa 1 gambar...too many alphabet...pening kejap...nak2 sejarah....nak habiskan bab 1 tu...dalam 1 minggu baru habis...tu pun da guna gear bape pun tak tahu....habis drift da tu..


fourth day , oh god ! hari keempat ni baru rasa pressure sebenarnya....sebab form 6 ni cara pembelajaran dia sangat luas sebab kene belajar bukan sahaja hal-hal di Malaysia bahkan di luar negara juga...bukan senang..sebab kene fakta dan bukti yg kukuh..sebab tu kemudahan internet sangat penting bagi yang kekurangan ilmu tentang dunia...kene berkepit selalu dengan internet..buku rujukan tak cukup...jadi usaha sendiri itu perlu..

fifth day , low of pressure, ok la hari last sebab set minda esok cuti sekolah...so! happy je pergi sekolah...lagipun subjek hari ni 3 je...for your information...korang akan jumpa subjek yang sama setiap hari...kadang2 1 subjek tu ada 3 masa dalam 1 hari...so , korang akan beljar subjek yang sama setiap hari..

jadi , secara ringkasnya , 
  1.  Form 6 mengajar kita untuk membahagikan masa dengan sendiri kerana kita tidak boleh 100% bergantung kepada guru matapelajaran. sebab itu kimi cakap internet itu penting.
  2. Guru yang kadang kala tidak masuk kelas bukanlah guru itu mmg tidak masuk ke kelas..kadang2 guru ada urusan lain yang lebih penting..jadi belajar sendiri itu penting.
  3. Boleh menggunakan komputer sekolah pada bila2 masa. kalau di sekolah kimi , pelajar2 f6 diberi advantage untuk menggunakan makmal komputer pada bila2 masa dengan syarat tidak bertembung dengan pelajar2 lain...
  4. Menbuat nota sendiri. guru2 akan masuk kedalam kelas dan bercerita tentang matapelajaran yang di ajarnya..guru jarang sekali menulis di papan putih kerana mereka hanya membaca nota dan diterangkan kepada pelajar...dan pelajar harus faham .
  5. Pembelajaran secara multimedia. kebanyakan guru menggunakan power point untuk membantu semasa mengajar  kerana denga cara ini pelajar lebih terdedah dengan cara pembelajaran di universiti...
  6. Tidak menggunakan buku. di f6 buku tidak digunakan lagi kerana hanya menggunakan kertas dan disimpan kedalam fail...nota mahupun latihan diletakkan di bersama-sama di dalam fail..
  7. Agak bebas. jikalau guru2 yang tidak hadir ke sekolah tetapi masa guru tersebut ada di dalam kelas..pelajar2 dibenarkan berada di tempat sesuai untuk mengulangkaji pelajaran...
ok , itu je yang kimi boleh kongi..bye...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan