Followers !

Ahad, 24 Februari 2013

2 Hari 1 Malam : Sungai Lembing (Part 3)




Assalamualaikum ,

Ok , kita ke part 3 pula , kimi akan ceritakan tentang hari ke-2 berada di SL , untuk hari selasa , misi diteruskan lagi bagi mendapatkan lebih banyak maklumat di muzium , rakam video , tangkap lebih banyak gambar dan sebagainya .




Jadi pada pagi tu , kimi bangun paling awal , sejuk sangat pagi2 , arif masih berbungkus seperti mayat , farah pun sama , haha , memang sejuk , bila kimi jenguk ke luar tingkap , nampak kabus2 kat langit .


Tengah-tengah kimi jenguk ke luar , tiba2 dengar bunyi tapak kaki berjalan , pusing tengok farah dah bangun , hehe , dia tak tahu yang kimi dah snap gambar dia masa tidur tadi dalam bilik tokcik , haha , kimi pun pergi la mandi dahulu , lepas mandi baru nampak arif bangun , lena sangat tidurnya , kimi dah mandi , arif dengan farah tak mandi lagi , lepas itu tokcik ajak makan pagi , jom !


Sambil2 tokcik masak lempeng , kimi pun buat temuramah , tanya pasal asal usul tempat , asal usul tokcik sendiri , macam2 la , sampai la dia siap masak , lepas tu  , masa untuk makan !


Pagi tu tokcik masak lempeng saja , makan dengan sambal ikan semalam , elok lagi , arif dengan farah yang tak mandi terus duduk makan , buat muka tak berdosa pula , haha , lepas makan diaorang mandi dan kimi bersiap2 nak pergi muzium ! wuuuhuuu !



Kimi tunggu 2 orang  ni makan masa berjam-jam juga , nak2 si farah , lambat sangat , sabar je lah , makeup la , masa tengah2 tunggu , snap2 2-3 keping , haha .

Sungai Lembing Next Top Model (SLNTM) !

Model2 dah siap , lama tunggu , nasib tak berjanggut , haha , lepas tu pergi salam tokcik dan mulakan perjalanan menuju Muzium SL , kita orang jalan kaki saja , pengangkutan tak ada , sampai sana baru nak sewa basikal .



Ok , masa tengah2 jalan tu , ada la kami sempat snap2 , perjalanan jauh juga , panas pula , sabar saja , rasa nak berpeluh ketiak ni , nasib pakai warna putih , tak la panas mana , haha

muka kepenatan + kehausan = nak pengsan !

Akhirnya , lebih kurang dalam 30minit berjalan , sampai juga , muzium pula terletak jauh di atas bukit , kena la pula mendaki , haha , memang best la sangat2 , rasa macam nak pengsan pun ada , badan dah rasa rimas sebab berpeluh , nasib la dalam muzium ada aircond , sejuk je rasa , rasa macam tak nak keluar dah .

Dalam muzium la paling lama , disebabkan nak maklumat untuk PBS , jadi kalau nak salin satu2 maklumat memang kamus pun tak muat , jadi kimi mengambil langkah yang proaktif dan malas  dengan mengambil gambar setiap satu maklumat yang ada disitu , haha , malas tak malas ,bukan malas sangat , cuma nak cepat dan kemudahan seperti kamera sudah ada , rugi kalau tak guna , betul tak ? haha , jadi kalau macam tu , memang penuh la gambar2 tulisan dalam kamera , haha .


Gambar-gambar sekitar Muzium Sungai Lembing :)














Ok , itu sahaja untuk post kali ini , jadi lepas penat berjalan di muzium , kami keluar untuk menyewa basikal dan meneruskan misi untuk menyiapkan PBS serta mendapatkan lebih banyak maklumat disini .

Kita akan jumpa di part yang terakhir iaitu part 4 , nantikan ye :) bye

#part 3 ni sudah tertangguh selama 2 minggu , hari ni baru dapat release :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan