Followers !

Sabtu, 9 Februari 2013

My "Jewel" = G.A.P Spectacle !



Assalamualaikum ,

Hari ni kimi nak memperkenalkan permata hati kimi no.2 , yang lepas Modenas Kriss MR1 , jadi yang ni cermin mata pula , hehe , yang ni kimi guna duit sendiri , duit gaji tu ! sayang beb !


Nak jadikan cerita , masa kimi kerja kat Sakan , makin hari , rasa macam kabur mata bila tengok benda yang jauh2 , rasa macam dah lain mata ni , risau juga , "makin teruk mata aku ni " , getus kimi dalam hati , jadi sebelum dapat gaji haritu , memang dah niat nak buat cermin mata baru ekoran mata yang semakin hari semakin kabur.

saya budak sekolah :)

Jadi lepas dapat gaji , pergi la tengok2 kat Megamall , masa kimi pergi tu , ada satu kedai namanya Milano Eye Fashion buat sale , tunggu apa lagi , kimi bersama sepupu serbu la , ramai nya orang , murah2 , dari pilihan harga RM49.90 hingga yang mahal sekali , yang RM800 pun ada tau , hehe ,

Jadi belek punya belek , ingat nak yang murah saja , malas nak mahal2 , sebab nak save , hehe , pilih punya pilih , test punya test , semua tak kena dengan muka , adoiii , penat tau , sebab muka kimi ni bulat sikit , jadi susah nak match dengan muka.


Lepas tengah mengeluh , ada la "sinar harapan" datang yang mahu menghulurkan bantuan , hehe , iaitu , promoter , dia suruh kimi test yang satu tu , yang terbaru la , dia cakap style pakai sekarang ni , yang bingkai besar , tengok harga dulu , RM199 ! kimi tanya dia , tak ada less ker? dia cakap ini dah murah , frame + lens = RM199 , ok la..

Ok test , tengok cermin , ok la , kena dengan muka kimi , ok , PROCEED ! , hehe , lepas bincang2 , dia cakap nak nipiskan lens tak ? kimi tanya perlu ker? dia cakap tak kisah , kalau tak nipis nampak tebal la sikit , jadi lepas difikirkan , bolehlah , TETAPI , wang nya perlu ditambah ! adoii , duit lagi.

Jadi lepas ditolak dan dicampur , jadilah RM249. * duit lagi , hehe , tapi lepas fikir-fikir balik , kimi tak kesah , sebab sekali dah buat memang susah nak tukar , sebab kimi ni bukan jenis yang kaya , nak sesuatu , tunjuk saja dan terus beli .


Mmmmm , dari nak yang murah , sampai ke beratus-ratus pilihnya , haha , hangus duit gaji . lepas dah  bayar , balik dengan hati yang gembira dan sedih , pelikkan , gembira sebab dah ada cermin mata baru , yang sedihnya sebab duit habis , huuuwaaa !!

Walau apapun , kimi gembira sebab dapat cermin mata baru , kimi ni bukan jenis keluarga yang senang , jadi kalau nak apa apa semua kena guna duit sendiri , kimi pun gembira hidup macam ni sebab kita tahu betapa susahnya mak ayah kita cari duit untuk besarkan kita :)


Ok , itu sahaja , kimi hanya mampu berkongsi kegembiraan ini di blog sahaja , sebab nanti kalau kecoh2 orang cakap menunjuk pula , tapi itulah mulut manusia , kita memang tak terlepas dari segalanya :)

# fyi , cermin mata kimi sebelum yang baru ni , cermin mata yang dulu kimi dah pakai selama 3 tahun tak pernah bertukar :)



2 ulasan:

  1. aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah follow , follow kita balik ok :)

      Padam