Spice of My Life

Followers !

Halaman

22/02/2013

Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) !


Assalamualaikum , 

Hari khamis (21/2/2013) , sekolah kimi adakan satu majlis khas untuk pemberian Baucer Buku 1Malaysia kepada pelajar , jadi semua pelajar hadir , seramai 172 pelajar STPM sekolah kimi ada dalam dewan , dengan jemputan khas ADUN Air Putih iaitu Dato' Pang untuk menyempurnakan majlis sebagai acara perasmian.


kata-kata aluan !

Jadi selepas ucapan perasmian , barulah pemberian dibahagi kepada setiap pelajar mengikut kelas , dengan sabar dan tekun kimi tunggu , hahaha , berdebar masa nak ambil , macam nak dapat duit rasanya , mungkin ini hikmat lepas insiden hilang beg tempoh hari , hukhuk !


Semua sedia maklum tahu yang baucar pada tahun ini dinaikkan dari RM200 kepada RM250 , jadi naik RM50 , bersyukur sangat2 , dapat la membantu pelajar -pelajar yang tidak berkemampuan dari segi kewangan , walaupun tidak membantu penuh , tetapi dapatlah meringankan sedikit beban orang tua mereka yang bersusah payah untuk mencari sesuap nasi .

comel sampulnya , macam duit raya :)

Jadi , baucer yang kimi dapat ni , kimi sudah belanjakan 1 keping bersamaan RM50 , disebabkan insiden beg hilang , jadi segala buku dan fail hilang , jadi kena la beli buku baru , nak tak nak kena juga , susah nak belajar kalau tak ada buku , jadi habis sekolah terus pergi Popular dengan meera , kita serangg !!


hasil tangkapan ! haha

Sampai saja di Popular , ramai pelajar , masing2 pegang baucer di tangan , nampak sangat nak tebus , haha , sama la dengan kimi , jadi kimi pergi cari buku yang hilang , dan lain2 ambil alat tulis lah , lepas dikira2 , ditolak pula diskaun membership card , tinggal lagi RM1 , kimi pun cepat2 rembat pen , haha , lepas tu ada lagi RM0.15 , mmm , halal je la , mana ada barang harga macam tu , RM0.20 ada lah . 




Baucer kimi tinggal lagi RM200 , kimi jangka baucer tu nak beli buku untuk penggal 3 , sebab baucer tu tarikh luput 31/5/2013 , sempat la kimi rasa , insya Allah , minta2 lah buku Penggal 3 keluar dalam bulan 4 , tak pun bulan 5 , kalau tak keluar juga , kena beli barang lain la jawabnya .

Ok , itu saja post buat kali ni , walauapapun , kimi tetap bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib yang telah membuat satu bajet yang besar untuk bidang pendidikan di negara Malaysia , Terima Kasih PM !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan