Spice of My Life

Followers !

Halaman

26/02/2013

Merentas Desa :)

pelajar yang hadir 


Assalamualaikum ,

Hari ni , kimi nak cerita semasa kimi menghadirkan diri ke Program Merentas Desa peringkat sekolah , program diadakan hari ahad . (24/2/2013)

Sebelum hari kejadian , kimi dah mesej cikgu nani bertanyakan pukul berapa program bermula , cikgu nani cakap pukul 7.45  ok set ! konon2 kunci jam pukul 6.45 la ni .

Pagi tu bangun macam biasa , lepas kimi dah siap , si farah ni tak siap2 lagi , kena la tunggu , tunggu punya tunggu pukul 8.00 baru siap , haha .


Kimi pun gerak nak pergi ambil kamera kat mak kimi , sebab nak tangkap gambar , sampai2 , sempat la gosip2 dengan mak 2-3 minit , jam dah pukul 8.10 , kimi rasa program dah mula , pelajar rasanya dah mula berlari , haha.

Jadi sesampainya di Taman Pertanian , kimi nampak ramai berkumpul , rupanya majlis tak mula lagi , nasib la , tunggu punya tunggu , pukul 9 baru mula , kalau tahu macam ni memang pukul 8 baru kimi bangun , buat penat saja tunggu lama2 , adoiii !


Jadi kimi memang tak berlari sebab kimi dah janji dengan cikgu nak jadi AJK Makanan , kononnya , haha , jadi lepas budak2 lepas berlari , kimi snap2 sikit dekat 1 tempat tu , ada pondok , buaian , cantik sangat diaorang hias , lama juga la kat situ dengan si farah .











Lepas dah puas ber-snap2 , pergi la cari cikgu , cari punya cari , dah nampak cikgu , lepas sampai saja , cikgu sengih , hehe , lain macam saja , rupanya makanan dah siap dibahagikan kepada cikgu kelas , haha , tu la kimi , ambil lagi gambar banyak2 , haha.

Cikgu cakap pergi cari Miss Tan kalau nak makanan , kimi dengan farah , perut pun lapar , sebelum cari tu sempat snap muka2 pemenang , nombornya tak tahu la nombor berapa yang dapat , jadi snap saja , lepas tu cari Miss Tan , lepas tu makan !



Lepas makan ingat nak cau cin cau terus , tapi farah nak tunggu pembahagian hadiah , jadi , tengah2 jalan tu , farah tukar fikiran nak balik , kimi lagi suka , ahaahah , jom balik !

Risau juga terserempak dengan cikgu atau sesiapa , tapi nasib baik la , cuma masa kat motor tu ada cikgu 2 orang letak barang dalam kereta , lepas cikgu tu dah tak ada , apa lagi , start motor dan rempit ! haha

Nak pergi perpustakaan IM , jadi lencong ke bandar , dah sampai , perpustakaan pula tutup , nasib badan , huhu , sedih , masa tu pula hujan , adoiii , sabar saja, dugaan Allah , lepas dah reda sikit hujan , balik , farah yang bawa pula , hehe , sesampai dirumah ! yeay , sempat beli pau tepi jalan . hehe


Ok , itu sahaja , saja-saja nak kongsi cerita , walau apapun , ceriakan harimu !



Tiada ulasan:

Catat Ulasan