Spice of My Life

Followers !

Halaman

Sabtu, 27 Oktober 2012

Kek Pelangi ! :)




Assalamualaikum ,

Tiba-tiba malam ni teringat satu resipi yang mak selalu buat , kesukaan dia lah ni , iaitu kek pelangi !


Kek ni tiap kali raya memang wajib kena ada kat rumah kimi , kalau tak ada memang tak raya la kitaorang , eh , tak adalah sampai macam tu sekali , raya tetap raya , kan ? tapi memang tiap-tiap tahun memang mak kimi tak pernah miss buat kek ni .

Lagi satu memang kek ni mudah dan sedap , sebab kek rasa basah-basah gitu , golongan berumur pertengahan suka la , hehe , tambah pula letak esen pisang , pergghh ! terbaik rasanya .

Jadi jangan kita membuang masa , kimi nak kongsi resipi ni , mudah dan senang tambahan bahan-bahan yang mudah didapati .



Kek Pelangi 


Bahan-bahan :-
biasa guna jenama ni .

8 biji telur
2 cawan gula aising
2 cawan mentega
4 cawan tepung naik sendiri 
1 susu teh esen pisang / esen vanilla
Pewarna

Cara-cara :-

1) Pukul telur dan mentega sehingga gebu
2) Masukkan gulan dan pukul lagi  
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit 
4) Masukkan esen pisang atau vanilla 
5) Selepas adunan sebati dan rata , bahagikan kepada 3 warna (mak kimi buat 3 warna)
6) Letak adunan dalam bekas pembakar secara berselang -seli mengikut warna (rujuk gambar dibawah)
7) Bakar dalam suhu 175C selama 1 jam atau hingga masak .


letak adunan macam ni .

Teknik meletak adunan kek :-

*Letak warna merah dulu , lepas tu letak warna hijau atas merah tadi , dan letak kuning atas hijau , dan seterusnya , pastinya adunan anda jadi macam dalam gambar dia atas . 
*Biarkan adunan berjalan sendiri jangan memandai alihkan atau ratakan , biar adunan go on floww , amboih ! ha , gitu , jadi cuma letak -letak saja , jangan usik adunan .


Yang ni bekas pembakar lain , adunan banyak , jadi buat 2 bekas , gambar atas second round punya . 


baru keluar dari oven , panas lagi .

selepas diterbalikkan .

sesi memotong .







selepas dipotong , nampak tak jalur tu ? nice kan .

Tips untuk mendapat kek yang elok :-

  1. Panaskan oven dahulu sebelum membakar , lebih kurang 10 minit dah ok .
  2. Gunakan telur seelok - eloknya saiz A . B pun bolehla . hehe .
  3. Kalau boleh gunakan bekas pembakar yang ada lubang ditengah , ini memudahkan kek itu masak dengan sempurna. kalau tak ada , tak apa .
  4. Selepas 1 jam kek dimasak , cucuk dulu ditengah kek dengan lidi , jika lidi bersih , kek sudah masak , jika lidi basah dan penuh dengan adunan yang cair , kek belum masak .
  5. Kek ini akan naik , jadi letak jangan penuh , separuh lebih sikit pun dah ok .
  6. Sebelum letak adunan kek , sapukan bekas pembakar dengan mentega dengan rata , dan tabur tepung di atas mentega tadi (baru senang kek nak keluar , tak percaya tengok kek kimi kata atas , licin je skin dia )
  7. Cawan yang biasa kimi gunakan ialah :-

cawan orang-orang tua  minum kopi tu , lebih kurang macam ni la .



Ok , setakat itu saja entri kali ni , kalau ada masa , boleh mencuba , senang mudah dan simple , bahan-bahan senang nak dapat kat pasaran , kedai runcit pun ada , so ! jangan bagi alasan , hehe . bye :)



8 ulasan:

  1. saya pun suka kek pelangi. antara menu wajib bila tiba hari raya. sedap! ^___^

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la , memang tiap2 tahun mak saya buat , kadang2 bila dtg mulut dia nak makan , dia buat jugak .

      yang ni pelangi original punya , sebab kalu yg sekarang ni dia lapis2 pakai krim . :)

      Padam
  2. wahhh dah follow..btw why xboleh komen dkt shoutbox ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks , dah boleh komen , hehe :)

      Padam
  3. Salam. Ur blog really nice!=) Jom baca kisah penipuan lelaki durjana ni! http://www.aimisyahirah.com/2012/10/laporan-polis-telah-dibuat-terhadap.html

    BalasPadam
  4. Salam Ziarah....

    sedapnya kek tu. akak pun ada buat, tapi akak masukkan serbuk cheese, sb anak2 akak suka cheese.... jemput ke blog akak di http://cheezemaz.blogspot.com, manalah tahu nak mencuba serbuk cheese CHEEZE MAZ yg bila dicampur dgn air panas menjadi sos sesedap cheeze wedge, KFC. Jemput juga komen resepi2 akak yg x seberapa tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks kak ,
      x biasa la pula letak cheese
      xpe2 nanti saya cuba :)

      Padam