Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 16 Oktober 2012

Asal Usul "Keyme Keymoo" ?




Assalamualaikum ,

Tiba-tiba teringat pasal nama kimi , KEYME KEYMOO , macam mana boleh "lahir" nama ni dalam kamus hidup kimi , bila fikir-fikir balik , kelakar pun ada , haha , gelak sorang-sorang ,  cerita tak kelakar mana pun , tapi lama-lama bila difikir-fikir , kenangan pasti memberi kita sebuah pengalaman yang tak boleh dilupakan . betul kan apa kimi cakap ni ?






Macam ni ceritanya ,
Nak dijadikan cerita , suatu hari kimi pergi online kat Cyber Cafe (CC) , masa tu tak silap form 2 , kimi baru buat Myspace , masa kimi f2 tu famous la Myspace , baru suka-suka buat dan baru nak berjinak-jinak dengan laman sosial , rumah ada komputer tapi tak ada internet lagi masa tu , lupa pula datang dengan siapa masa tu , masa tu kimi pergi CC dekat dengan rumah je , suka sangat la , balik sekolah pergi CC , sanggup save duit sebab nak pergi online . childish lagi *hingusan .




Kimi pun sampai kat tempat tu , duduk la kat komputer masing-masing , tengah-tengah online tu , ada budak tanya kawan kimi nama Myspace apa , masa tu kimi buat tak layan je la , sebab dia tanya kawan kimi , lepas dia tanya kawan kimi , dia tanya kimi pula , lepas tu kimi cakap la "kimi boiz" , masa ni nama Myspace masih lagi "kimi boiz" , belum tukar Keyme Keymoo lagi , lepas tu dia macam buat-buat pekak la , macam tak dengar , kimi ulang la, lepas tu dia cakap .

Haa ? Kimi Kimo ? Hahahah (Gelak sampai bergema satu CC ... malu kimi )




Jahat tahu budak laki , saja-saja nak perli kimi , last-last kimi tak layan dia , sakit hati , lepas tu kimi buat tak layan , marah + malu , sebab semua orang kat CC tengok , serius malu , kimi memang dah nekad tak nak pergi CC dah lepas tu . *tapi pergi juga , hehe .


gggrrrrrr !!!


Lepas balik tu , geram + marah tu masih ada lagi , tapi bila fikir-fikir balik , best jugak nama "Kimi Kimo" tu ,     hahaha , bodoh pula rasa bila teringat dekat budak tu dan lagi bodoh bila terpacul nama dia bagi tadi terngiang-ngiang di telinga kimi , kimi memang kenal dia , budak kampung kimi juga , kalu jumpa memang cam 100% muka dia . Guna juga nama tu akhirnya .

Tapi macam mana jadi ""Keyme Keymoo" ?

Ha ! yang tu kimi ubah sikit , kan budak tu bagi "kimi kimo" , jadi kimi englishkan , lebih kurang translate . kimi cuba ubah nama kimi sebut dalam slanga english . *konon

KI = KEY
MI = ME 

KI = KEY
MO = MOO 

Konon-konon nak translate ke english , sebutan english , jadilah Keyme Keymoo sampai sekarang , semua Facebook , Gmail , Blog , Myspace , nama Keyme Keymoo , cuma Yahoo je nama Kimi Boiz , sebab email ni kawan kimi buat , masa tu tak pandai lagi , sebab tu suruh kawan buat je , kimi suruh je dia yangg buat , tak kesah la nama apa pun .

Facebook : Keyme Keymoo .
Gmail : keymekeymoo@gmail.com .
Myspace : Keyme Keymoo .
Skype : Keymekeymoo .
Yahoo : kimi_boiz@yahoo.com .

Jadi macam tu kisahnya , akhir-akhir , bila kimi check Myspace budak tu add juga kimi , kimi pun approve sebab dia bagi nama yang kimi rasa quite good name , kimi suka sangat ! hehe , bye <3



Tiada ulasan:

Catat Ulasan