Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 9 Oktober 2012

Apam Mekar !




Assalamualaikum,


Hari ni kimi nak kongsi satu resipi , sebenarnya kimi dah lama buat apam mekar ni , cuma tak tak ada masa nak post bila , harini pula ada masa , tambahan tak ada idea nak post ada kat blog , terjumpa gambar2 apam ni dekat album laptop , alang2 ada masa , kimi post harini .


sebenarnya , kalau buat apam ni , kene bnyak sabar tau , sebab apa , kadang2 apam tu tak pecah , tak jadi macam dalam gambar , dia bulat je , ok lagi kalau macam tu , pernah kimi  buat apam tu kecut sekecutnya , pernah sampai nak nangis buat apam ni , kadang2 saja jadi , yang lain memang tong sampah jadi penyelesaiannya , kimi pun tak tahu kenapa jadi macam tu , nak kata kimi derhaka kat resipi , rasanya memang ikut sukatan yang betul dan tepat ! jadi , kimi nak pesan kepada sesiapa yang nak buat apam ni , kena banyakkan bersabar dan mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang tinggi dan jitu ! ok . hehe

Apam Mekar Semekarnya ! (over pula namanya , hehe)


Bahan bahan :-

100 gram gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu ovallete
250 gram tepung gandum
1 cawan air aiskrim soda


macam ni airnya ! guna yang macam ni .



Cara - cara :-

1) Pukul gula dan telur hingga kembang .
2) Masukkan esen vanilla dan ovallete dan pukul lagi.
3) Masukkan tepung gandum diselang-selikan dengan air soda tadi .
4) Bahagikan sama rata dan campurkan pewarna.
5) Masukkan dalam cup kertas agak penuh.
6) Kukus selama 5-10 minit .

ada satu lagi resipi kat blog kak nani KLIK SINI !

ok itu resipinya , guna lah yang mana satu yang berkenan di hati anda semua , kimi mula2 memang guna resipi kak nani , lepas second time buat tak jadi , dah stress ! lepas tu guna resipi yang kimi bagi tu (kimi ambil kat myresipi.com) , ok la juga , menjadi , tapi lepas 2-3 kali buat , dia dah start tak jadi , yang ni last kimi buat apam mekar , sebab kimi dah serik , hehe , untuk first time , boleh guna resipi kak nani .




Kimi nak bagi tips penting ni untuk buat apam ni ,

  • air aiskrim soda tu , gunakan yang belum digunakan , maksudnya yang belum dibuka , sebab kalau guna yang sudah dibuka , soda dia akan sikit , itu menyebabkan apam tak pecah .
  • kukus betul2 ikut time yang betul , jangan lebih atau kurang , kena tepat!
  • sukatan mesti kena betul2 tepat , tak boleh lebih atau kurang , kena tepat juga !

mungkin itu saja tip2 yang kimi boleh bagi , kalau ada terkurang nanti kimi tambah ok . 




4 ulasan:

  1. hohoh...memang sakit hati kalau buat apam ni pastu tak jadik.tapi cantik pulak apam yg kimi buat tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sakit hati jiwa dan raga tak payah nak cakap la kak , yang tak tahu yang ke berapa buat , buat yang ni jadi pulak , terus ambik gambar , sebab lepas ni kalu buat tak tahu jadi ke tak , hehe , jadi ambik awal2...hehe..

      Padam
  2. Betol la terase sakit jiwa dan raga bila buat tak menjadi2. May da brapa kali buat tak mekar2 Rasa nak menangis jer... huhhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul May, KK lepas daripada jadi mekar ni, terus tak buat, trauma dah, ahaha, malas nak membazir tepung, ahaha

      Padam