Followers !

Khamis, 25 Oktober 2012

Biskut Jem Jambu ! :)




Assalamualaikum ,

Jambu  . . . jambu , mari beli jambu , murah . . . . murah , panas lagi , baru keluar dari oven , eh ? jambu bakar ker? eh , tak adalah , ni cuma biskut jambu , baru buat petang tadi , sempena Hari Raya Aidil Adha .


Kimi nak kongsi satu resipi dari majalah Rasa , sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha , persiapan keluarga kimi buat biasa-biasa je , termasuk biskut ni , buat 2 adunan saja , lagipun biskut lain tak buat , raya haritu memang nak buat , disebabkan masa menjadi kekangan , jadi pada hari ni , berpeluang untuk membuat biskut ini dan berkongsi dengan semua pembaca .


Rasa , Edisi 52 , November 2005

Biskut Jem Jambu , Mukasurat 100.

Resipi ini agak mudah dan tidak memerlukan banyak bahan , cuma biskut ni agak cerewet sebab nak masukkan jem nenas tu sebenarnya , sampai berlengas-lengas jari kimi kena jem , ye la kan , sambil buat sambil isi jem , guna tangan yang sama .




Tapi macam mana nak buat ? jangan risau , kimi dah sediakan resipi dan sekali toturial penuh untuk resipi ini , jadi lepas ni boleh lah mencuba di rumah , kimi dah rasa biskut ni , sedap sangat  gebu dan manis sebab ada inti nenas , tangkai jangan makan pula , sebab itu bunga cengkih , hehe .



Biskut Jem Jambu ! 

Bahan - bahan :-

250 gram mentega
50 gram gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
40 gram tepung jagung
360 gram tepung gandum
Pewarna hijau
Jem nanas
Bunga cengkih

Cara cara :-

1) Pukul mentega dan gula hingga sebati
2) Masukkan kuning telur , esen vanilla dan pewarna hijau 
3) Masukkan tepung jagung dan tepung gandum
4) Gaul sehingga sebati dan uli sehingga menjadi doh
5) Ambil sedikit doh , isikan jem nenas
6) Bentukkan seperti jambu dan susun atas dulang 
7) Letakkan cengkih sebagai tangkai
8) Bakar pada suhu 175C selama 15-20minit 


mudah bukan ? memang senang saja resipi ni , semua orang boleh buat , ok , sekarang kimi nak tunjukkan step by step untuk bentukkan doh menjadi buah jambu yang comel-comel .

Rupa 1 adunan , sikit je , tapi dapat banyak !


START !


 1) Ambil sedikit doh dalam secubit dan leperkan menjadi rata.


2) Bulatkan sedikit jem nenas dan letak ditengah-tengah doh tadi.


3) Tutup jem tadi dan bulatkan doh.


4) Bentukkan doh tadi menjadi buah jambu , gelekkan hujung doh dan bentukkan .


5) Ambil satu bunga cengkih.


6) Tekan dia atas doh dan taaarraaa ! jadilah jambu !


Selepas itu bolehlah terus membentuk dan susun di atas dulang pembakar .




Bila dah susun , bolehlah cucuk cengkih tu , hujung jambu tu biar muncung , sebab nanti nak cucuk dengan cengkih , adik kimi tanya boleh tak makan cengkih tu , kimi cakap boleh , tak salah , hehe .




 Lepas dah siap bakar tu , bolehlah susun di dalam bekas kedap udara , dan jangan lupa rasa dulu.




Hasil daripada 1 adunan , sikit saja , buat makan keluarga cukup la , ok la , setakat itu sahaja , ada sebarang  pertanyaan atau cadangan boleh ke kotak komen dibawah , selamat mencuba dan bye :)

4 ulasan:

  1. biskut paling famous dulu2 ni. dulu jambunya warna kuning. hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup , dulu agak famous .
      mengimbau kembali ...
      hehe :)

      Padam
  2. rajin buat biskut ek time raya aji

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe :)
      saja-saja , bosan duduk rumah .

      Padam