Spice of My Life

Followers !

Halaman

09/05/2013

Lappy baru keluar "hospital" {}

Assalamualaikum ,

Alhamdulilah , lappy kimi baru keluar wad harini , hehe, lama dah dia sihat , baru nak datang sakitnya .

Sebenarnya kimi dah perasan perubahan pada laptop kimi ni selepas kimi buat PBS Sejarah dan PBS Pengajian Am , laptop jadi "hang" selalu , nak buka document pun lambat .

Lagi satu laptop ni cepat panas walaupun pakai cooler , kimi buka tak sampai 5 minit , dia punya panas , boleh masak telur sebiji . memang terbaik lah !

Nak online apatah lagi , facebook sampai tak boleh nak login , cursor punya loading , alahai , rasanya kura-kura lagi laju , bayangkanlah .

Jadi kimi tak boleh nak berbalas komen2 di blog , terutama adik2 yang bertanya tentang form 6 , baru harini kimi balas , sorry ye adik2 .



Bila di check oleh tuan kedai , dia cakap kena format balik , sebab hang tu mungkin banyak sangat guna , jadi kos format RM 30 sahaja , kebanyakan tempat standard price RM 50.

Dan pasal kes panas melampau tu , abang tu cakap , mungkin pad yang berada di dalam laptop ni atau kimi bahasakan stiker pad kimi dah haus , dan kering katanya , jadi abang tu sarankan tukar baru . Kos nya pula RM 20 , jadi semua RM 50

Bila di fikirkan balik , melayang duit kimi , RM 50 tu , kalau dikira dah murah , tapi kimi tawar menawar , hehe , cuba punya cuba dapat RM 40 , terus deal !

Alhamdulilah , lepas dah format dan tukar stiker pad tu , laptop dah ok , laju dan kimi main 1 jam laptop masih tak panas , overall berpuas hati !

Jadi  lepas ni boleh online dan update blog , banyak yang nak cerita ni :)

#junior2 form 6 dah masuk ! tugas MPPT6 !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan