Spice of My Life

Followers !

Halaman

Sabtu, 27 April 2013

"BurgeRak" di malam hari :)




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Program malam kelmarin ( Rabu 24/4/2013 ) dengan merasai burger yang dikenali sebagai Burgerak . hehe

Kimi habis exam petang tu , jadi malam tu konon2 nya meraikanlah , haha , tetapi niat sebenar cuma nak merasai kesedapan burger yang dikatakan bawani .


Datang pukul 8.30 , bawani sampai pukul 9.00 , sabar saja , bawani ni memang , lambat selalu , lepas tu order , kimi order yang double dan ada cheese .

double (chicken + beef) + cheese

No.6 = RM 4.50
10 pilihan burger yang boleh dipilih mengikut citarasa sendiri :)





Nampak selera je burger tu kan , sedap2 , ada nenas lagi , kimi campur daging , ambil ayam dan daging , sedap , jadi semasa makan , biasalah borak2 dan sememangnya bawani banyak cerita yang hendak dikongsikan .

bersama Arif

Cakap punya cakap , sampai lah pukul 10 , jadi arif pun nak beransur , semua serentak beransur , sebelum balik , jom ambil gambar , susah pula nak jumpa sharwinie nanti .

Berdiri : arif dan kimi , Duduk : bawani , sharwinie , nishant

Dari kiri : nishant , sharwinie , bawani , arif , dan kimi

Berakhirnya malam itu dengan gembira dan seronok , sebab keesokan harinya tidak hadir ke sekolah , haha, memang best la , hehe .

#dapat kawan baru , nishant ! the guy in black shirt .



2 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Di Doakan tuan blogger ini sihat hendaknya,kami (Burgerak)mengucapkan TERIMA KASIH dengan atikel yang anda siarkan kepada semua yang membaca.
    Kami amat terharu juga gembira atas atikel anda yang mana sekaligus membantu akan Jenama kami Burgerak kepada umum,yang mana amat dihargai dari kami.Nanti sudi datang lah lagi dan war war kan akan adanya kami disini.
    Sekian Terima kasih .-Burgerak Burger Jalanan Kuantan-

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikum salam :)

      sama -sama saya ucapkan , saya hanya berkongsi apa yang saya suka dan ternyata burgerak menjadi kegemaran saya , insyaallah jika ada masa terluang , saya akan mengajak lebih ramai rakan2 saya untuk menikmati burger di situ :)

      thanks for reading my blog :)

      Padam