Followers !

Isnin, 8 April 2013

UTC Pahang :)



Assalamualaikum ,

Lepas saja kimi dan farah Breakfast di KFC, kita orang memang nak ke perpustakaan di UTC Pahang , jadi lepas makan dalam pukul 9:30 pagi tadi . terus gerak ke UTC

Dalam pukul 9:45 sampai , parking motor dan masuk bangunan , perpustakaan di UTC di tingkat 3 , kimi guna tangga saja , sebab lif masih dalam penyelenggaraan .




Pusing-pusing , kimi tengok ok , macam2 agensi dan perkhidmatan yang ada kat dalam UTC ni , bagus dan memudahkan , gym pun ada dalam ni , haha

Jadi masa untuk siapkan PBS bermula , masing2 sibuk , masa masuk perpustakaan , masih tak ada orang , lama-lama seorang demi seorang memenuhi ruang perpustakaan .


ruangan kanak-kanak
Tempat untuk simpanan barangan juga disediakan untuk sesiapa yang mahu menyimpan barang.

Kemudahan yang ada di perpustakaan antaranya internet percuma , lebih kurang 8 komputer disediakan dengan jaringan internet . Wifi di UTC ni memang best , serius laju .

Ada juga disediakan ruangan untuk akhbar , majalah-majalah dan ruangan kanak-kanak membaca . Simple dan selesa . Walaupun tempat di sini tidak berapa besar , tapi oklah .

Jadi kepada sesiapa yang belum menjejakkan kaki ke UTC Pahang , rajinkan lah diri anda untuk kesini ,

Pelbagai perkhidmatan yang disediakan di UTC , perkhidmatan kerajaan mahupun swasta , nak tahu perkhidmatan yang disediakan di UTC Pahang , boleh ke laman sesawang Pahang GOV atau klik SINI .


#jom ramai-ramai datang ke UTC Pahang !



4 ulasan:

  1. Balasan
    1. kat kl tak pasti la nadia , cuba nadia check online , kot2 ada :)

      Padam
  2. nak tanya, kat library utc kuantan ni ada buku rujukan tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ada, sekadar majalah dan surat khabar sahaja :)

      Padam