Spice of My Life

Followers !

Halaman

28/05/2013

Lelaki dan Merah Jambu ?


Assalamualaikum,

Idea tercetusnya untuk entry ni apabila kimi tengok ada seorang lelaki lingkungan remaja 20-an pakai baju t-shirt warna merah jambu ! pekat pula tu warnanya.

Bagi kimi, dia sungguh berani dan sangat berani, dan bagi kimi dia sungguh jambu, haha, bukan buah jambu tu, tapi istilah "jambu" yang biasa diberikan kepada lelaki yang mempunyai muka comel, hehe

Tapi, itu semua tidak penting, yang perlu kita biasa dengar, merah jambu biasanya diminati dan digilai oleh golongan wanita, tetapi tidak kepada lelaki, betul tak?


Jika dilihat era modenisasi kini, warna bukanlah sesuatu yang perlu kita pandang, kerana itu semua boleh dikatakan zaman sudah berubah, kita tak lagi berada di berada di takuk yang lama.

Warna tidak lagi mencerminkan sesuatu identiti seseorang itu, kerana warna sekarang ini universal dan boleh dipakai oleh sesiapa pun, tak kira lelaki atau wanita.

Lelaki era kini lebih berani dalam berfesyen , warna2 berciri feminim sudah dicuba, warna merah jambu, warna ungu dan lain-lain, dan mereka berani menampilkan di khalayak ramai.

Bagi kimi sendiri, kimi juga meminati warna merah jambu, dulu masa kecil2, beli apa saja warna biru, konon2 warna merah jambu untuk perempuan, tapi bila dah umur menjangkau 17 tahun, kimi dah minat dengan warna merah jambu dan berani untuk mencuba.

Tetapi, tidak dinafikan bahawa, ada juga sesetengah lelaki tidak menyukai warna merah jambu, kita sebagai rakyat Malaysia, harus menghormati pendirian dan keputusan orang lain.

Sesetengah wanita juga mempunyai pandangan yang berbeza, ada yang menyukai dan ada yang menyampah, kita sebagai manusia, harus mempunyai sikap terbuka dalam hal ini.


Oleh itu, janganlah kita melemparkan tuduhan tidak berasas dalam pemakaian seseorang, mungkin dia mahu mengekpresikan diri atau mahu berfesyen dan terus mengikuti arus fesyen terkini.

Kepada kaum Adam diluar sana, tidak salah kita untuk mecuba sesuatu yang baru tetapi janganlah terlalu melampau atau berlebihan, kerana itu boleh mendatangkan prejudis sesetengah masyarakat.

Walau apapun, warna bukanlah melambangkan sesuatu identiti atau peribadi seseorang kerana sekarang globalisasi dunia merubah segalanya .

#kimi ada sehelai baju t-shirt warna merah jambu , hehe :)


2 ulasan:

  1. ok apa lelaki pakai pink? cuma lelaki jer kekadang segan dan ego nak pakai warna pink..takut dicop sebagai gay... oopsss....

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju dengan farah, hehe

      biasalah pandangan masyarakat , ada juga betulnya , oppsss, hehe :)

      Padam