Followers !

Khamis, 29 Ogos 2013

Suis Kelas TERBAKAR !


Assalamualaikum,

Setiap hari, setiap detik, pasti memikirkan tentang PBS, haha, untuk penggal 3 ni, kelas kimi ada 2 PBS, PBS Pengajian Perniagaan dan Bahasa Melayu.

Nak jadikan cerita, hari-hari satu kelas memang bawa laptop masing-masing, sebab cikgu benarkan siapkan dalam kelas.

Tak semua laptop bertahan lama, macam laptop kimi ni, 1 jam lebih je bertahan, jadi nak cas itu sememangnya perlu.

Yang tu kes nak cas, kalau kes yang bateri laptop dah "kong", pastinya bergantung 100% kepada cas sepanjang masa.

Suis kelas kimi ada 2, dan ada 2 extensions, satu extensions yang ada 5 plug, dan satu lagi ada 3 plug.

Suis depan pasang extensions yang ada 5 plug, dan suis belakang pasang extensions yang ada 3 plug tu.


Semua sibuk buat PBS, dan semua plug "full house", 8 charge laptop terpasang dalam satu masa, haha.

Tiba-tiba ! Laptop terpadam ! huwaaa ! Semua pelik, dan ada bau hangit ? Cepat-cepat cabut  charger laptop dari extensions.

Akhirnya dua-dua suis kelas terbakar ! Toing Toing Toing !


*Gambar diambil semasa hari Rabu, hanya kami berenam yang hadir ke sekolah, disebabkan suis kelas terbakar, kami buat kerja di library sekolah, dari pagi sampai balik sekolah, cikgu semua mengajar kat sana, hehe


2 ulasan:

  1. Hahaha , terbaik r cerita kimi ... kelas chenta ada 1 plug je tapi guna xtension,dekat xtension tu tambah pulak xtension yg lain ... setakat ni xterbakar lg tp x taw lah kot meletop last nanti hahahaha ... hadoi lah .. pbs ooo pbs ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah alkisahnya, haha, semuanya gara-gara PBS, sabar jelah...

      Padam