Followers !

Selasa, 3 September 2013

Seminar Teknik Menjawab Pengajian Perniagaan bersama Mokhtar Pet !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Lamanya tak update blog, hehe, maafkan saya, kimi sibuk sikit minggu ni, sebab 2 PBS dah nak kena hantar.

Kembali kepada tajuk, harini pelajar-pelajar kelas kemanusian yang ambil subjek Pengajian Perniagaan ada seminar teknik menjawab soalan. Penceramah yang dijemput ialah Mokhtar Pet.


Mokhtar Pet? Beliau adalah guru yang mengajar di sebuah sekolah di Johor dan penulis Teks STPM Pengajian Perniagaan bagi buku terbitan Oxford Fajar.

Seminar satu hari dijalankan meliputi teknik menjawab, skop subjek pembelajaran, tentang PBS juga ada diberikan tip untuk sesi penbentangan.


Jadi, adalah senario tidur, hehe, kimi pun mengantuk tadi, tahan punya tahan, akhirnya tewas seketika, lama sangat kot kimi tidur, cikgu pun kejutkan, hehe



Keseluruhan, seminar baik, cikgu Mokhtar pandai selit lawak jenaka dan tak habis-habis puji anak lelaki dia, kimi tahu, kimi tak secerdik anak dia :)

Moga perkongsian cikgu Mokhtar dapat memberi input dan pendedahan kepada kawan-kawan dan kita sama-sama menjawab dengan lebih baik di dalam peperiksaan :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan