Spice of My Life

Followers !

Halaman

Sabtu, 7 September 2013

Konsert Preview Yuna & Okestra Simfoni Kebangsaan !


Assalamualaikum,

Mungkin semalam satu mimpi yang indah buat kimi dan rakan-rakan kerana berpeluang untuk menyaksikan konsert preview Yuna bersama Okestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya.



Perkara ini kimi sudah ceritakan disini , mungkin ada yang dah tahu dan ada yang belum tahu, klik dulu ok :)




Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, begitu alkisah kimi apabila buat pertama kali menjejakkan kaki ke Istana Budaya.

Yuna, bintang antarabangsa yang namanya sedang menyinar di seluruh pelusuk dunia seperti lagunya Terukir di Bintang akan membuat persembahan bersama OSK.





Konsert bermula jam 8.30 malam, orang ramai telah memenuhi ruang legar IB seawal 8.00 malam, pameran gambar Yuna yang dirakam oleh jurugambar peribadi beliau iaitu Julian Schratter.

Pintu dibuka tepat jam 8.30 dan orang ramai memenuhi tempat duduk, terasa bangga kejap kimi sebab dapat duduk sebaris dengan press dan wartawan, kimi nampak abang Budiey tau ! segan nak tegur , hehe

kredit to : Rotikaya.com

Kemunculan Yuna sememangnya dinanti, sorakan penuh bergema apabila tirai dibuka. Yuna nampak cantik mengenakan busana merah rekaan Hatta Dolmat.

Satu demi lagu didendangkan oleh Yuna diiringi alunan muzik Okestra Simfoni Kebangsaan yang memukau setiap penonton.

kredit to : Rotikaya.com

Selepas Yuna mengundur diri untuk sesi ke-2, penonton ditinggalkan dengan persembahan No Noise Percussion.

Kumpulan ini pandai mencuri hari penonton dan pandai berinteraksi dengan baik, kimi sungguh terhibur dengan persembahan mereka.

kredit to : Rotikaya.com

Sebanyak 20 lagu yang dinyanyikan oleh Yuna dan kemunculan gitaris terkenal iaitu Mike Einzinger dari kumpulan Incubus telah membuat penonton tidak keruan kerana itu kejutan istimewa dari Yuna.

Pada mulanya kimi sedikit kecewa, sebab lagu terakhir adalah lagu Penakut, dari mula sampai akhir kimi nak sangat dengar lagu Lelaki, kimi memang minat sangat lagu tu.


Orang dalam IB dah jerit-jerit, "Lelaki" "Lelaki", kimi dah bebel mengadu kat danial, lagu "Lelaki" Yuna tak nyanyi, terkilan sangat.

Tiba-tiba, intro lagi Lelaki dimainkan, orang semua bersorak balik, kimi pun macam nak lompat saja, haha, Yuna kembali !

kredit to : Rotikaya.com
Kembali mendendangkan lagu Lelaki, huhu, gembira sangat! Yuna saja nak buat kejutan, hehe.

Konsert berakhir agak lewat, jam 10.50 macam tu, tak sedar, tiba-tiba habis, dan kami semua ke hotel untuk tidur !

bersama Datin Anum !


Ketibaaan di Cottage Inn Subang agak lewat, dan kimi tidur jam 3 pagi, makan dan upload gambar di FB.

Pagi esoknya, cikgu nak bawa jalan2 ke Sunway Piramid ! huhu, nantikan entri seterusnya !


*dalam IB, tak boleh ambil gambar, nanti kena "laser", jadi gambar Yuna kimi pinjam dan kreditkan sepenuhnya ke Rotikaya.com


2 ulasan: