Spice of My Life

Followers !

Halaman

Sabtu, 14 September 2013

Pesta Bola Merdeka : Malaysia 2 - 0 Myanmar !


Assalamualaikum,

Mungkin mimpi di siang hari atau kimi dah buang tabiat, haha, menjejakkan kaki ke stadium semata-mata nak tengok BOLA? Apa kejadahnya?

Sebenarnya, kimi tak jangka pun akan tengok bola harini, kat stadium pula tu, ini semua disebabkan farah dengan tasya.


Kimi antara manusia yang TAK MINAT BOLA, dan bagusnya berkongsi minat ini dengan bff sendiri, haha, kalau kat rumah tengok bola, memang kimi lari dulu.

Jadi, mungkin harini, menjadi hari pelik kimi, haha, kimi memang tak ada jersey pun, tadi je baru beli jalur Malaysia warna kuning tu.

Lagipun, tiket tasya yang sponsor, hehe, terima kasih untuk tasya sebab tolong beratur beli tiket dan belanja kimi, terima kasih :)

Antara kemeriahan di stadium !







Tapi bagi kimi, yang pertama kali menonton bola secara langsung ni, pengalaman yang tak dapat dilupakan, semangat tu jadi lain

Bila kita dah ramai-ramai, duduk di satu tempat yang semua orang sokong benda yang sama, meriah tu memang ada.

Betul lah orang cakap, Sukan menyatupadukan rakyat Malaysia, kita bersama-sama menyokong rakyat Malaysia yang berjuang demi mengharumkan nama Malaysia !

Yang paling penting, Malaysia JUARA ! berbaloi juga tasya belanja kimi dan datang beri sokongan buat Malaysia !



*Tak minat, padahal tadi pun melompat-lompat, haha !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan