Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 2 Ogos 2013

Pilihanraya MPPT6 sesi 2013/2014 (Part 1) !


Assalamualaikum,

Hari Rabu bersamaan 24/7/2013 merupakan hari pilihanraya bagi Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 sesi 2013/2014, nampaknya tugas kimi sudah berada di saat-saat akhir kerana perlu menyerahkan tugas kepada ahli majlis yang baru dan bakal dilantik.



Majlis bermula jam 9.00 pagi, tugas MPPT6 sudah bermula jam 8 pagi, menyusun kerusi, mempersiapkan meja pendaftaran, dan sebagainya

Majlis bermula agak sedikit lewat, tapi dapat dikawal dengan kebijaksanaan MC kita, hehe, walau apapun, majlis bermula dengan baik iaitu bacaan doa.


Selepas bacaan doa, ucapan yang pertama oleh Yang Di-Pertua MPPT6 iaitu Tay Jia Hui yang bakal meletakkan jawatan, hehe, kimi pun sama.


Selepas selesai ucapan YDP oleh Tay Jia Hui, ucapan seterusnya oleh Tuan Haji Mohd Noor iaitu Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, sebenarnya tuan pengetua yang berucap, tetapi tuan pengetua ada mesyuarat di luar sekolah, jadi dia minta tuan haji yang menggantikanya.


Selepas itu, ucapan dari calon-calon MPPT6 yang bertanding, mereka diberikan masa 3-5 minit untuk setiap ucapan.






Antara barisan calon yang bertanding semasa pilihanraya, jadi selepas selesai sesi pengucapan untuk menarik undi, agenda seterusnya untuk membuang undi. Pembuangan undi dimulakan oleh pihak guru dan diikuti oleh pelajar-pelajar tingkatan 6.



Muka-muka AJK untuk bahagian pengundian, ada 2 stesen, kimi di stesen lelaki dan sebelah lagi stesen wanita, hehe



 Undi adalah rahsia ! hehe , pilih 8 calon sahaja ye cikgu, hehe 





 

 
 Antara guru-guru yang telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru, ramai lagi guru yang membuang undi, tapi yang ini sahaja yang sempat gambarnya diambil, hehe

Ok, selepas guru mengundi, giliran pelajar pula, kimi akan sambung di Part 2, banyak lagi nak cerita sampailah pemenang :)




2 ulasan:

  1. Oh..sekolah keyme ada sesi pilihanraya ye..sekolah akak dulu kami setakat persatuan pelajar tingkatan 6 je..mungkin zaman dah berubah kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha`ah, memang setiap tahun adakan pilihanraya, sebab dah f6 kan, cikgu nak dedahkan mcm mana pilihanraya yang sebenar...

      Padam