Followers !

Selasa, 6 Ogos 2013

Berbuka Puasa di rumah Puan Rosnahni !


Assalamualaikum,

Al-kisahnya berbuka di rumah cikgu nani sebenarnya dah lama, tapi kimi nak juga update sebab masa berbuka memang seronok + gembira dan happening gila !

Pada 26/7/2013 yakni hari Jumaat, cikgu nani a.k.a Cikgu Bahasa Melayu kimi nak adakan majlis berbuka puasa bersama kelas U6A2 dan mentor2 beliau di tingkatan 3.


Cikgu dah cakap, yang perempuan kena tolong cikgu masak, hehe, tapi yang perempuannya hanya marni seorang yang jadi nak pergi, kesian pula, jadi kimi menawarkan khidmat untuk menolong lepas solat jumaat.

Tapi, tasya mesej kimi cakap yang dia jadi pergi, jadi kimi suruh dia dan marni pergi dahulu, kimi dengan farhan pergi lewat sikit.


Janji dengan farhan pukul 5 nak gerak, tiba2 pukul 5 bawani telefon tanya kimi dimana, kimi cakap kimi dirumah, sedang bersenang lenang menonton televisyen, haha. Lepas itu, dia marah, dia cakap datang sekarang sebab cikgu tak siap masak lagi? OMG !

OMG ! tak siap masak lagi? dari pukul 2.30 petang sampai pukul 5 ? apalah yang cikgu masak? nak kenduri ker? haha, kimi terus telefon farhan ajak pergi terus.


Masa sampai, kimi tengok cikgu masak macam nak kenduri kendara, dengan ayam masak merah, gulai kambing, onde-onde, cikgu masak gulai kambing banyak, ayam masak merah pun banyak, dengan ada puding nya, macam-macam.

Tanya cikgu, apa lagi tak siap, cikgu cakap nak masak tomyam, haha, tomyam lagi, kimi tolong potong sayur, marni dengan tasya pun tolong, farhan dengan bawani tolong buat air, hehe


Nampak tak lauk kambing dengan ayam masak merah, haha, banyak, sebab pelajar yang datang dalam 20 orang, tapi cikgu masak macam untuk 30 orang, haha.

Lepas dah semua siap masak, masa untuk mengangkut makanan dari dapur ke luar, kitaorang makan kat garaj kereta cikgu, tempat luas, ada kerusi cukup untuk semua, tapi kita orang budak form 6 tak nak duduk atas kerusi nak makan atas tikar, huhuhu, ala-ala kampung konon, hehe



Tengah-tengah ambil lauk, tiba-tiba dah azan, sekejap saja rasanya, apa lagi, terus makan, hehe.





Lepas dah siap2 makan, solat maghrib dulu dan lepak kat rumah cikgu sampai jam 10, hehe, tengok cerita 2012, kimi tak pernah tengok pun cerita ni, pertama kali tengok kat rumah cikgu.


Cikgu siap bungkus makanan sebab cikgu cakap banyak sangat, kita orang setiap seoarng ada bawa balik sikit nasi, gulai dengan tomyam, hehe, bolehlah untuk sahur.


Kimi nak ucapkan terima kasih kepada cikgu Rosnahni kerana telah masak lauk yang sedap, kawan-kawan yang membantu cikgu dalam memasak, dan kepada farhan sebab sudi tumpangkan kimi, dan thibaan kimi tumpang masa balik, terima kasih kepada semua !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan