Spice of My Life

Followers !

Halaman

Rabu, 7 Ogos 2013

Persiapan + Bajet Raya 2013 !


Assalamualaikum,

Alhamdulilah, tahun ni persiapan raya kimi hanyalah bersederhana sahaja, tidaklah semewah korang semua kan, hehe, hanya membeli mengikut bajet sahaja.


Sebenarnya, kimi pun rasa pelik dengan diri kimi tahun ni, rasa nak pakai macam2, hehe, macam orang pelik pun ada, tak pernah ada, tiba-tiba nak adakan untuk raya tahun ni.

Sebab biasanya kimi akan beli baju Melayu dengan selipar sahaja, itu sahaja sudah cukup untuk kimi, tak minta lebih dari itu pun.

Tahun ni, kepelikkan apabila kimi rasa nak pakai songkok dengan sampin, haha, bagi pembaca semua biasalah lelaki nak pakai semua itu, benda biasa, tak ada pelik.

Tapi bagi kimi pelik, sebab biasa tak pernah beli, haha, rasa kelakar pun ada, tapi apa yang kita nak, kita cuba dapatkan juga.

Jadi, kimi belilah sampin dengan songkok, haha, nak lepas hajat kata orang kan, tak beli kan, rasa lain pula masa raya nanti.

Jadi, jom tengok keseluruhan perbelanjaan kimi untuk tahun ini ! haha


Baju Melayu (Pasaraya Borong Sakan)

RM 63.90

Sampin (Mydin)

RM 25.90

Selipar Chapal (Mydin)

RM 16.90

Songkok (Mydin)

RM 29.90

Jadi keseluruhan selepas dicampur kesemua perbelanjaan kimi ialah !

RM 136.60 sahaja !

Kimi dapat berbelanja kurang dari RM 150, kadang2 kimi ada terdengar orang berbelanja untuk raya sahaja sampai RM 1 000, apalah yang dibeli tu ye, kalau perempuan jangan nak cakaplah, pantang nampak, terus disuruhnya penjual tu untuk bungkus kan, hehe.

Walau apapun, bersederhana itu perlu, sebab nanti tidak membazir, nafsu harus dikawal, dengan kita dibulan puasa ini haruslah, sentiasalah kita mengenang nasib orang yang tidak sebaik kita yang dilimpahi dengan kemewahan :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan