Spice of My Life

Followers !

Halaman

Ahad, 4 Ogos 2013

Hadiah Raya dari Blogger !


Assalamualaikum,

3 hari yang lepas, selepas balik dari sekolah, kimi terlihat sampul yang tertulis nama kimi, bukan 1 tetapi 3 ! Terkejut juga sebab dah lama tak dapat surat.



Ku ingatkan surat cinta, rupa rupanya surat lain, haha, bergurau sahaja, kimi dapat 2 kad raya dan 1 kad kupon tak silap.

Tahun ni, kimi ingatkan nak exchange kad raya dengan blogger, tapi tak sempat sebab kimi sibuk sangat dengan hal sekolah, kimi dah beli kertas keras yang 160 GSM tu, konon2 nak print sendiri, tapi tak sempat juga, masa menghalang.


Tapi, alhamdulilah, rezeki tidak kemana, kimi dapat juga 2 keping dari Minie dan Dr. Hamzaid, dan 1 lagi tu dari Vivalicious.

1) Kad Raya Kartun Korek Hidung !

Itu kad raya dari Minie, sebab kimi menang GA hari itu, dah lama, baru teringat, hehe, thanks tau minie, kimi sungguh hargai !

Facebook Minie

2) Kad Raya Karikatur Dr. Hamzaid

Kad raya ni datang khas dari Dr. Hamzaid, terima kasih doktor, beliau adalah orang yang memberikan dana pendidikan di peringkat STPM !

Dr. Hamzaid

3) Kupon Vivalicious

Kupon ini datang dari facebook yang menjual pakaian dan menjadi medan online shopping, kimi nak ucapkan terima kasih

Facebook : Vivalicious Shopping House

Kimi nak ucapkan terima kasih kepada 3 pihak yang sudi menghantar kad raya dan kupon kepada kimi, insyaallah tahun hadapan kalau ada rezeki, kimi nak exchange kad raya dengan blogger.


8 ulasan:

  1. seronok dapat kad raya ye dik..heheh. comel kad2 tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah, nanti kita exchange tahun depan ye :)

      Padam
  2. best la kimi ... nak jugak isk3 :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe, insyaallah tahun depan ye :)

      Padam
  3. Balasan
    1. hehe, kimi dapat 2 saja, insyaallah tahun depan bertambah :)

      Padam
  4. ur welcome.. =)
    harap suke kad yg tak seberapa dri minie tu..^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. kimi suka, kartun tu kelakar sangat :)
      thanks tau minie :)

      Padam