Spice of My Life

Followers !

Halaman

Sabtu, 3 Ogos 2013

Malam Jejak Kasih SABS bersama YUNA !


Assalamualaikum,

Malam Jejak Kasih SABS bersama YUNA ialah satu cetusan idea pihak PIBG sekolah kimi untuk mengutip dana bagi menaik taraf dewan interaksi dan melakukan penambahbaikan di dataran intergrasi sekolah kimi.

Pihak PIBG bersetuju untuk mengadakan Malam Jejak Kasih ini bagi mengutip dana dengan menjemput kembali bekas pelajar SABS dari permulaan pembukaan sekolah kimi iaitu dari tahun 1957 hingga sekarang.



Buat masa sekarang, kimi dan tasya tengah handle event ni, tapi kimi dengan tasya handle bahagian persembahan, ingat tak lagi SABS Got Talent ? Pemenang yang terpilih sahaja akan berpeluang membuat persembahan di atas pentas Malam Jejak Kasih bersama YUNA.

Malam Jejak Kasih akan berlangsung pada 17 Ogos 2013 (Sabtu) di padang sekolah, dianggarkan seramai 1,500 orang yang akan memenuhi padang sekolah kimi menjelang malam itu.

Malam Jejak Kasih bersama YUNA !

Tarikh : 17 Ogos 2013
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 Malam
Kod Pakaian : Kasual

Malam Jejak Kasih bersama YUNA bukan sahaja untuk mengutip dana, ia juga bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara bekas-bekas pelajar yang mungkin sudah lama tidak berjumpa dan bertukar cerita jika bertemu kembali.

Malam Jejak Kasih ini bukan persembahan semata-mata, pelbagai hidangan juadah dan aneka makanan juga disediakan sambil menikmati persembahan istimewa dari pelajar SABS dan YUNA !


Seramai 8 persembahan yang dipilih dari SABS Got Talent yang akan menggegarkan pentas Malam Jejak Kasih yang meliputi nyanyian solo, nyanyian berkumpulan, persembahan alat muzik, tarian dan persembahan band.

Tiket-tiket sudah dijual yang pasti, tiket juga dijual kepada orang ramai mengikut harga-harga yang telah ditetapkan.

GURU/PELAJAR SABS : RM 50.00
BEKAS PELAJAR/ORANG RAMAI : RM 100.00


Bukan calang-calang artis datang tau, YUNA tu, artis antarabangsa,hehe, kimi nanti insyaallah berpeluanglah nak bertemu dengan YUNA, sebab kimi handle performance, hehe.

Kepada yang nak join, boleh dapatkan tiket kerana tiket terhad ! Sambil kita membeli tiket, sambil kita menyumbangkan bakti kepada sekolah kimi.

Maklumat lanjut boleh hubungi atau boleh bertanya kepada kimi sebarang soalan :-


Haji Azhar : 019 - 955 8792
Haji Kazaruddin : 019 - 962 6395
Datin Anum : 012 - 900 7866

#p.s : Jom kita jumpa YUNA !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan