Spice of My Life

Followers !

Halaman

Rabu, 14 Ogos 2013

7 Syawal : Sepetang bersama Meyra dan Ayza !


Assalamualaikum,

Sepetang bersama 2 orang sahabat baik iaitu Ayza dan Meyra, Cik Ayza, sahabat lama dan dah lama tak bersua muka dan bertukar cerita, dan pastinya Cik Meyra, BFF yang sentiasa ada di saat susah atau senang.


Hari ini perancangan untuk tengok movie cerita Percy Jackson : Sea of Monster, kimi dah check semalam kat GSC, ada tayangan jam 2.50 petang, kimi dah pasti nak tanyangan tuh, hehe

Muka tak makan pagi, melantak dulu, hehe

Kimi gerak dalam jam 1.00, sebab nak pergi JPAM dulu, meyra nak minta kad ahli dia, tapi hampeh sebab masa kita orang sampai,, staf semua tengah lunch time, sia-sia sahaja.

Jadi, misi untuk menonton wayang diteruskan, kimi terus ke GSC untuk membeli tiket, masa kimi nak pilih sit, penuh, full house panggung, jadi terpaksa pilih sit side tepi, tengah-tengah, tak lah mendongak.


Wayang mula jam 2.50 dan habis 4.30, awal la pula, jadi ajak lepak kejap kat Taj, tapi sebelum nak keluar tu, nampak pula ada sale kat Trio, hehe, geram-geram tengok, haha, check duit dulu, hehehe, cukup2 nak rembat 2 helai ni, haha

Baju t-shirt 2 for RM25, murah kan? lagipun kimi lama tak beli baju, kesian kan, hehe, jadi, duit ada lebih sikit, thanks mak ! hehe. kimi pun belilah, hehe.


Ingat nak minum air saja, kimi terliur tengok roti canai, haha, order satu, hehe, gemuk lah kimi, ayza dan meyra minum saja,.

Lepak kat Taj kejap, sampai pukul 6, semua kena balik, kimi tengok cuaca pun macam tak mengizinkan sahaja, jadi masa untuk balik.


Gambar terakhir tadi, bila nak balik, rasa sedih pula, bila lagi nak keluar sama-sama macam ni, sedih rasa, lepas ni meyra dah balik Putrajaya, Ayza dan mula kerja balik.

Mungkin kalau ada rezeki dan umur panjang, kita akan berjumpa dan terus berhubung walau di mana kita berada :)



2 ulasan:

  1. beznye jalan2 ngn kengkwn
    aah bila dah kerja nnti...kenangan sebegini menggamit jiwa kita

    jemput baca & komen entry yumida:

    http://umikasum.blogspot.com/2013/08/jom-komen-blog-jejaka-jambu-aka-mr-nan.html

    pengomen bertuah bakal memenangi hadiah..jemput la singgah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah, nanti bila dah besar, susah nak keluar sama-sama macam ni

      Padam