27/10/2013
Pembentangan PBS Bahasa Melayu !
Assalamualaikum,
Kali ni kimi nak kongsi pengalaman semasa pembentangan PBS BM yang telah dijalankan pada minggu ke-2 bulan 9.
Sudah lama sebenarnya pembentangan ini berlaku, cuma masalah nak kongsi di blog agak rumit disebabkan faktor yang tak dapat dielakkan.
Lokasi pembentangan terletak di bilik PBS, nak buat kat kelas tak nak, nanti bising pula dan ada saja yang mengganggu
Untuk pengetahuan semua, PBS BM untuk penggal 3 dibuat dalam kumpulan, dan kumpulan tersebut diagihkan oleh cikgu.
Kelas kimi cuma ada 11 orang yang ambil Bahasa Melayu, jadi selepas dibahagikan, jadilah 3 kumpulan. 4+4+3 = 11orang
Kumpulan kimi disertai oleh tasya, farah, fatihah dan kimi sendiri. Ketua kumpulan ialah tasya.
Kumpulan athirah (ketua) disertai oleh bawani, thibaan dan danial. Kumpulan marni (ketua) pula disertai oleh chong dan juga farhan.
Alhamdulilah, pembentangan berjalan lancar dan kesemua calon dapat menbentangkan dengan baik sekali :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan