Spice of My Life

Followers !

Halaman

25/02/2014

20 hari menjadi Penganggur Terhormat :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pejam celik pejam celik, tak sangka, baru 20 hari KK menjadi pengganggur terhormat di rumah seperti anak dara tunggu pinangan orang, hehe.




Baru 20 hari? Benar sama sekali, rasanya masa lambat berjalan, kalau masa kerja dahulu, sekejap saja rasanya sebulan, tup tup, esok dah gaji, hehe.

Begitulah realiti kehidupan KK sekarang, kalau ikutkan hati, tak nak kerja, nak duduk rumah saja, tak buat apa-apa.

Tapi pabila difikirkan wang semakin hari semakin berkurangan, KK harus bangkit semula mencari pekerjaan yang baru.


Kadang-kadang sampai termimpi-mimpi tempat kerja lama, bila keluar saja dari bilik, nampak jadual kerja dulu, sayu saja hati, sedih :(

Insya Allah, jika dipermudahkan, KK akan bekerja kembali selepas KK habiskan MUET Test pada 8/3/2014 kelak.

Walau apapun, doakan KK, insya Allah dapat pekerjaan yang baru dan diharap kali ini kekal hingga panggilan ke universiti selepas keputusan UPU keluar nanti :)


1 ulasan: