17/06/2014
A2 Hommies di Jendela Steamboat ^-^
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Al-kisah semalam, makan-makan di Jendela Steamboat, seronoknya dapat berkumpul dengan rakan-rakan sekelas masa sekolah dulu.
Rindunya dengan semua, bila dapat tengok muka masing-masing, terubat sikit rindu yang lama terbuku di hati ini.
Walaupun rumah KK berjiran dengan Cik Farah, nak jumpa bukan main susah, masing-masing kerja, jadi jarang nak nampak batang hidung, hehe
Bila dah duduk satu meja ni, segala kisah, gosip-gosip terkini terbongkar semua, macam-macam cerita diiringi gelak ketawa sampai tahan perut.
Thiban dengan kisah cinta dan kerjaya, Danial tetap poyo macam tu je, Marni dengan kisah anak-anak jagaan taska, Tasya sibuk dengan pusat tuisyen, Farah sibuk dengan kerja, dan Athirah sedang buat lesen kereta katanya.
Sambil makan, cakap-cakap, segala kisah terkini, sampaikan kisah masa sekolah tingkatan 6 dulu pun cerita balik, mengenangkan kisah kelakar masa kat sekolah, banyak sangat kenangan kami bersama.
Harap sangat lepas ni boleh lagi kumpul macam ni, kalau boleh sebelum semua masuk universiti nanti :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan