02/10/2014
Demam makin teruk !
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Ingatkan dah elok pagi ni, rupa-rupanya makin teruk pula jadinya demam, tak larat sangat.
Semalam KK dah demam, tapi bila makan ubat lepas balik kerja, dah baik, rasa macam akan boleh kerja untuk harini
Tiba-tiba terkejut masa tidur, ingatkan dah lewat untuk ke kerja, tengok jam baru pukul 3 pagi ! rasa sejuk semacam
Rasa badan memang panas, nak tidur pun tak selesa, KK terpaksa tutup kipas sebab terlampau sejuk.
Bangun untuk kerja, memang tak larat, tapi gagahkan juga, nak mandi paling seksa, rasa macam tak nak mandi.
Sampai kerja, makan kejap, telan ubat semula, lama-lama tu rasa dah baik, tapi badan masih panas, kerja alhamdulillah boleh buat.
Balik rumah, demam makin menjadi-jadi, lepas mandi, rasa sejuk, mata dah mula berair, dah teruk KK ni.
Makan dulu, baru makan nasi, lepas tu nak tidur, tulis blog dah macam orang tak betul, penat + demam + lesu
KK nak tidur, memang tak larat sangat, harap esok dah baik, kalau tak kena pergi klinik untuk pemeriksaan doktor
Mood : zzzzzzzzzzzZZZZZzzzzzzzZZZZZZ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
rehat secukupnya
BalasPadamterima kasih Nadia :)
Padam