26/02/2015
Bersama keluarga A2 Hommies :)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Minggu lepas, KK ada keluar dengan kawan-kawan masa zaman STPM dulu, masing-masing dah jauh, sebab sambung belajar
KK pula cuti 2 hari, Ahad dan Isnin, memang seronok sangat keluar, naik bas saja, hehe, seronok apa bila guna pengangkutan awam ni, huhu
Berempat pada hari Ahad lepas, bersama Cik Tasya, Cik Farah, dan Encik Danial, ni saja dapat kumpul masa tu, yang lain ada hal
Sempat makan, dan borak-borak sampai tak ingat dunia, punyalah gelak, sampai terlewat masuk panggung wayang, cerita dah mula ! haha
Bila masa nak berpisah, sedih masing-masing, sebab payah sangat nak jumpa, masing-masing belajar jauh-jauh
Cik Tasya akan terbang ke Sabah (UMS), Encik Danial di Kuala Lumpur saja belajarnya, cuma KK dengan Cik Farah yang terus bekerja disini
InsyaAllah, jika di izin Allah, kami akan bertemu lagi bila semua ada di Kuantan, masing-masing dengan hal sendiri, akan merinduimu wahai sahabat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan