Akhirnya penantian sekian lama yang telah dinanti telah tiba, huhu, KK secara rasminya antara pemandu kereta terbaru di Malaysia, haha
Berhempas pulas KK nak dapatkan lesen kereta, duit dikumpul berbulan-bulan, dan siap juga akhirnya, alhamdulillah
KK sebelum ni selalu update pasal pergi belajar memandu saja, pasal segala ujian tak beritahu pun, tup-tup dah ada lesen, hehe
InsyaAllah, nanti ada kelapangan, KK akan kongsikan beserta tutorial penuh dan lengkap pasal Lesen Kereta D
Kalau dilihat pada lesen, lesen KK disekalikan, maksudnya lesen motosikal dan kereta dalam satu kad, mudah kan, tak perlu ada 2 lesen, hehe
Sebagai ganti, lesen motosikal KK perlu diserahkan, baru lagi lesen tu, dah kena ambil, huwaaa !!!
Yeay ! akhirnya KK dah boleh bawa kereta, dan paling penting pelekat P perlu dilekatkan, haha, 2 tahun kena pakai pelekat tu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan