Spice of My Life

Followers !

Halaman

22/05/2015

Black & Orange Annual Dinner Aeon Big 2015 !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Majlis yang berlangsung semalam (20/5/2015), penuh gilang gemilang, dengan gabungan lima buah cawangan, cukup memberi suasana yang hangat dan gamat dengan hadirin


Bertolak dari Kuantan tepat jam 11:05 pagi, hati cukup teruja, sampai ada pakai terus baju, senang tak perlu tukar, nampak semangat disitu, hehe

















KK duduk bersama Kak Ani, dan sebelah Anis dan Nurul, pergi sekali satu perjalanan, siap berbaju cantik dah, hehe, KK saja yang tak pakai lagi

Sampai di tempat yang dituju dalam jam 3:35 p.m, lokasi Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor, tak pernah jejak KK kat sini, pertama kali sampai ke sini

Sesi pendaftaran bermula, orang beratur, KK sibuk ber"selfie" haha, siap bawa monopod lagi, apa lagi, teruskan beraksi !

Bersama Managing Director Aeon Big

Rupa-rupanya, cawangan Kuantan yang pertama sampai, terus ke dewan, nak berlatih, kan KK menari, haha, penari yang tak berapa berbakat, haha

Lepas dah siap menari, sesi tukar baju pula, sebab persembahan KK yang pertama, berdebar sangat ! dengan orang ramainya, huhu

Tiba giliran dipanggil, terus naik ke pentas, buat sehabis baik, nasib dapat sokongan dari semua cawangan yang lagi, memang seronok !



Makan-makan dengan pelbagai juadah, tak tahu nak pilih mana satu, ambil saja setiap jenis sikit-sikit, sebab nak rasa, dapat rasa semua

Persembahan demi persembahan, anugerah demi anugerah, dan paling sedih, tak bertuah KK malam semalam sebab nombor bertuah tak kena,haha, redha

Siap majlis dalam jam 9:11 p.m, terus sesi bergambar buat kali terakhir, lepas ni nak datang tak tahu lagi bila nak datang sini, haha



Memang seronok sangat, semua cawangan beri kerjasama yang baik, kenal-kenal dengan seorang dua kan, satu pencapaian yang baik kerana KK baru setahun jagung !

Jam menunjukkan 9:40 pm, masa untuk bertolak balik, kenangan tadi masih sengar dalam ingatan, huhu, kalau ada makan percuma lagi KK nak ikut, haha




2 ulasan: