Spice of My Life

Followers !

Halaman

25/08/2015

Badmintion bersama Homies !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Malam semalam, KK dan 4 orang rakan pergi bermain badminton, setelah sekian lama tidak bersukan, apa salahnya kita memecahkan lemak yang terkumpul, hehe


Asyik keluar makan,keluar makan, asyik makan pasti keluar, macam itulah selalu buat, kali ni buat kelainan sedikit, kita bersukan, dengan KK cuti, jadi boleh jalan

Kami dah tempah, untuk 2 jam, raket semua bawa sendiri, cuma bulu tangkis saja beli disana, ada jual, raket pun boleh sewa



Lokasi menjadi pilihan, Pusat Badminton Semambu, sini memang ramai, malam pun ramai, KK datang pukul 11, walaupun hari Isnin, tapi meriah

Kemain, macam pandai sangat main, haha, bolehlah sikit-sikit, main macam biasa, tidaklah seperti Lee Chong Wei, KK tak pandai, haha

Bagusnya bersukan, dapat keluarkan peluh, badan ni kena ajar sikit, kalau tak lemah saja, nanti lagi cepat penyakit datang


2 jam bermain, cukup buat semua letih, baju dah basah, haha, cukuplah untuk harini, kami semua memang seronok, sekali sekala dapat buat aktiviti macam ni, memang gempak

Terima kasih Farah, Tasya, Danial dan Aishah sebab sudi luangkan masa bersama KK, insyaAllah nanti ada masa lagi, kita bersukan lagi okay !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan