Sedar tak sedar, sudah sebulan notis KK berjalan, semalam hari terakhir KK bekerja, jadi mari kita mulakan hidup yang baru dengan kerja yang baru
Tipulah kalau hati mana tidak sayu kan, tapi apakan daya, rezeki KK disitu setakat itu sahaja, insyaAllah ada lagi rezeki buat KK di tempat lain
Alhamdulillah, semua rakan kerja memberi dorongan dan semangat, walaupun berat hati untuk KK meninggalkan mereka, terima kasih KK ucapkan
Hanya gambar yang akan KK titipkan sebagai kenangan, baju semua dah pulang, semua akan jadi kenangan, dan mulakan hidup baru
Terima kasih semua, Encik Fairul, Kak Tina, Shafiq, Adibah, Puteri, Anissa, Kak Ani, Izham, Kak Wana, Yusma, Aidil, Kak Azi, Abang Shahrul, Encik Khaizal, Dee, Hafiz dan Vani
Terima kasih diatas segala tunjuk ajar selama ni, maafkan KK jika ada tersilap kata, yang mengguriskan hati, KK takkan lupa semua, nanti bila ada masa, KK datang melawat, hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan