Spice of My Life

Followers !

Halaman

31/12/2015

Meniti penghujung...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

2 hari lagi sebelum kita semua akan menjengah ke tahun baru, yang lain tak kisah, yang kisahnya umur makin tua, haha, tahun depan dah 22 tahun


Hari pertama di tahun baru hari Jumaat, alhamdulillah, permulaan tahun yang sangat baik, kita semua akan menyambut tahun baru insyaAllah diberkati

Tahun ni banyak sangat perkara yang berlaku kepada KK, bermacam dugaan, menjadikan KK lebih kuat dan lebih matang, perit jerih kehidupan KK harungi sampai hujung tahun

Paling terkesan ialah KK berhenti kerja, dah alhamdulillah dapat kerja lain, KK dah kerja lama, berhenti pun ada sebab tersendiri, tak apalah, rezeki setakat itu sahaja


Macam-macam lagi perkara, tapi KK hadapi juga, takkan kita nak lari dari masalah kan, walau besar atau berat mana pun, kena juga hadap, sebab masalah takkan selesai kalau kita lari

Meniti tahun baru, malas nak berazam, tak pernah tertunai, hehe, cukuplah dapat bahagiakan mak ayah selama mereka masih bernafas, banyak lagi jasa perlu dibalas

Apapun, selamat tahun baru 2016 !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan