Spice of My Life

Followers !

Halaman

04/11/2016

Roti Bakar + Sardin


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari malas sedunia, haha, kenapalah KK ni 2-3 hari ni malasnya nak masak, mungkin merajuk kot sebab harga dapur elektrik kat Lazada dah naik harga, haha


Mana tak merajuknya, KK tengok masa hari Isnin haritu baru RM 75.90, bila tengok Selasa dah jadi RM 88.90, siapa tak angin, kita dapat gaji baru nak beli buat kita macam ni

Sedih tahu, lewat sehari je, hahahah, tak apalah, lupakan hal tersebut, tak ada rezeki, tunggu buat promosi kita tengok balik turun ke tak harganya

Berbalik kepada tajuk, dah banyak melalut atas tu, haha, KK tumis sardin saja dan hancurkan siap-siap sebab nak makan dengan roti bakar, terbaik

Pembakar roti letak tepi kaunter, punyalah pemalas kan, haha, senang nak makan dan bakar terus boleh ngap kat situ, makan tanpa perlu bergerak kemana mana,hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan