Assalamualaikum dan Sejahtera,
KK ni sebenarnya kalau dulu memang tak makan segala jeruk mak nenek, jeruk dalam botol ker, dalam bekas kaca tu ker, memang tak makan
Pasti semua tahu kan sebab kandungan pengawet sangat tinggi, sampaikan hilang rasa manis buah tu, entah rasa macam asid pun ya, banyak sangat rasa pelik
Kalau yang jenis buat sendiri, macam asamboi punya, KK makan sebab tak ada pengawet, lidah kita boleh beza antara yang segar atau dicampur bahan pengawet
Sedar tak sedar, habis sebekas betik tu, campur pula dengan pelam, memang sedap sangat, harga tak mahal pun, RM 4 sahaja sebekas, penuh bekas tu
KK ni kerja makan saja, bukan boleh duduk diam mulut ni, ada saja nak mengunyah, hahaha, rasa nak kunci mulut sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan