Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Selesai satu urusan berkaitan kereta, tiap bulan KK akan ke Majlis Perbandaran Kemaman ni nak cari jodoh, haha, tak lah, nak beli tiket parking bulanan MPK
Baru saja balik dari MPK, orang tak ramai, adalah dua orang saja, mungkin petang orang dah kurang, ramai masa pagi kebiasaannya di pejabat urusan kerajaan
Untuk di kawasan Kemaman ni, untuk sebulan berharga RM 80, untuk dua bulan RM 150 dan seterusnya, rasanya ada juga untuk setahun, lagi jimat lagi murah
KK ni sebab peruntukan untuk bulanan saja, haha, jadi belilah setiap bulan, hadap sajalah, nasiblah syarikat yang bayarkan, hehe, syukur kepada Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan