Akhirnya, penantian itu satu penyeksaan kan, haha, KK ni jenis tak boleh tunggu lama, jenis tak sabar, tapi nak tunggu photobook ni memang kena sabar
Gambar-gambar semasa KK melancong banyak, jadi kita semadikan didalam satu buku, jadilah photobook ni, haritu pixajoy ada buat promosi, teruslah KK buat
Setakat harini, barulah 3 tempat di luar negara KK jelajah, Medan, Hatyai dan Jogjakarta, akan datang tak tahu lagi, mungkin ke hujung dunia China? hehe
Memang lawa sangat buku ni, gambar pun jelas dan berkilat, tapi kena pastikan gambar tu diambil dari kamera berkualiti, barulah bila cetak pun tak pecah kan, hehe
Nanti kalau KK pergi berjalan lagi, memang nak buat satu buku, bukan sahaja simpanan di FB juga ada, tapi kenangan fizikal macam buku juga ada
Kalau ada yang berkenan, boleh ke pixajoy.com.my untuk buat buku sendiri, untuk buku pertama kali boleh dapat hanya dengan RM 4.80 sahaja, ini bukan entri berbayar ye, KK berkongsi !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan