Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Lepas dah habis melantak tu, dah rasa macam dugong baru naik pantai, hahaha, tak tak adalah kita nak tidur pula
Pusing pantai pula, sambil tiup angin segar di kepetangan hari, sebab ini dah terakhir sebelum balik rumah, malam KK dah balik
KK pergi dua pantai, Pantai Geting dan Pantai Batu Tujoh, sebab pantai ni sebelah menyebelah saja, pusing dengan motor pun boleh sampai
Sempatlah jadi model yang tak berbayar, bergambar dengan Aini habis habisan sebelum balik kan, bukan selalu dapat macam ni, nanti balik dah rindu
KK nak ucapkan terima kasih kepada Aini yang sudi terima kedatangan KK di rumahnya, diberikan tempat tidur, bawa jalan jalan pusing kampung dan macam macam lagi
InsyaAllah jika ada kelapangan, akan datang lagi kesini nak cuba pelbagai lagi makanan, nanti kita datang lama sikit, hehe
wow..bestnya..:)
BalasPadam