Malam semalam KK ada pergi melantak dekat satu kedai baru, nak kata baru tu tak adalah, cumanya KK ni baru sempat nak singgah, hahahaha
Sha's Cafe, tempat cantik, dan nyaman saja, konsep macam rumah, penuh lampu lampu, memang elok lah kalau nak bercinta kat sini kan, hehe
Mujurlah makcik Farah yang sudi temankan kita makan malam semalam, pagi sampai ke petang kerja, malam pula keluar lagi, esok pula kerja
Memang sedaplah spageti meatball ni, KK akan datang lagi makan kat sini, lepas ni nak cuba menu lain pula, chicken wing tu macam biasa, salut tepung cicah dengan sos cili thai, harga berpatutan
Terima kasih makcik Farah sebab sudi temankan KK makan semalam, lepas ni boleh singgah Sha's Cafe lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan