Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Tak tahulah kenapa tiba-tiba rajin sangat nak buat kuih tradisional bila tengah cuti ni, dah rupa badak air terbongkang siang malam KK ni
Harini kena sampuk buat dua jenis kuih untuk juadah berbuka, hahahaha, buat seorang diri pula tu, nak datang rajin
Kuih pertama KK buat ialah badak berendam, ya Allah KK suka sangat kuih ni, memang sedap, manis lemak dia tu, kecur !
Ada lebihan inti masa buat kuih ketayap tempoh hari, KK guna untuk buat badak berendam, tak payah pakai daun pisang, pakai bekas pun boleh, haha
Badak berendam derhaka sebab warna merah jambu, lagi derhaka tak pakai daun pisang, hahahaha, betul-betul derhaka
Walaupun pertama kali buat, nampaklah macam menjadi, cuma tak rasa, lepas berbuka baru boleh rasa, hahahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan