Spice of My Life

Followers !

Halaman

21/10/2020

2H1M (Janda Baik) - Mandi sungai

 


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kami pun bertolak nak pergi cari sungai, perjalanan tak sampai 10 minit dah sampai pun di sungai, kat sini memang sungai umum, jadi memang ramai orang

Makanan memang KK bawa sekali, tak lepas, mana boleh lepas bekalan KK kan, hahaha, dimana mana saja mesti makanan

Sejuk air sungai, macam air peti, air pun bersih dan memang KK tak mandi pun, rendam kaki saja, hehe, KK tak boleh nak berendam, kalau berendam nanti tak nak balik


Tak sampai sejam mandi, tiba-tiba langit pun gelap, hari pun hujan, berlari kami berenam, hahaha, tak kisah dah nak redah, semua masuk dalam kereta, basah lencun masa tu

Habislah kereta Marni, sebab yang mandi semua masuk kereta Marni, KK yang tak mandi naik kereta Thiban, hehehe, baliklah kami ke homestay semula

Bersihkan diri dan sedia untuk persiapan makan malam, istimewa sebab ada BBQ, tak sabar nak bakar-bakar ayam, hehe

#notakaki : segala kisah corat coret percutian KK di Janda Baik ada KK abadikan di dalam satu video di Youtube, boleh klik link di bawah ye 💕💕

https://www.youtube.com/user/keymekeymoo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan