Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, rezeki KK dan kawan-kawan kerja untuk tahun ini dapat berbuka puasa di hotel, yang penting syarikat tanggung, hehe
Selama hampir tiga tahun KK kerja, inilah kali pertama dapat berbuka puasa bersama-sama rakan kerja di hotel atas sokongan syarikat
Kami dibahagi dua kumpulan, sebab majlis dua hari kan, kalau pergi semua, siapa yang nak kerja, hahahaha
KK di kumpulan pertama, patutnya kedua, tapi disebabkan ada masalah sedikit, KK pergi hari pertama bersama enam rakan kerja
Sampai awal juga, dalam 6:20 petang sebab kami bertolak dari rumah pukul 6 petang, mujurlah tak sesak, kalau tak lewat juga
Bila puasa ni, semua makanan nampak sedap kan, entahlah nafsu ni, tapi KK dah tahu, KK ambil sedikit saja, dah tahu kemampuan diri
Makanan KK ambil semua habis, KK tolong habiskan untuk orang lain, biasalah sebelum berbuka semua nampak sedap, macam tak cukup
Siap berbuka boleh terus balik, tapi ada sedikit ucapan dari CEO, jadi tunggu sekejap dah habis ucapan sesi bergambar pula
Alhamdulillah, semua dah kenyang boleh balik, hahahaha, harap ada lagi program macam ni, yang pasti buat kat hotel tau, hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan